September 24, 2023

Hendak Tinggal Di Sini? Apendix Mesti Dibuang Dahulu

2 min read

Tahukah Anda? Sebuah kawasan kediaman di Antartika memerlukan penduduk di kawasan itu menjalani pembedahan membuang apendix jika mahu tinggal di kawasan itu. Ia adalah untuk membolehkan orang yang menetap di situ hidup lebih lama. Kawasan itu ialah Villa Las Estrellas, sebuah penempatan warga Chile di benua paling sejuk di dunia itu.

Memetik artikel portal Oddity Central, Villa Las Estrellas adalah satu tempat di mana anda boleh katakan ia adalah satu pengalaman seperti tinggal di planet yang berbeza. Letaknya ialah di kawasan yang amat jauh dari kawasan tamadun manusia.

Mereka yang ingin tinggal di situ mesti melalui beberapa siri ujian fizikal untuk membuktikan keadaan badan mereka mampu bertahan di kawasan itu untuk satu tempoh masa yang agak lama. Kalau ketika musim sejuk, kawasan itu akan ditimbuni lapisan salji yang setebal beberapa meter.

Sinar matahari di waktu siang biasanya akan digantikan dengan suasana senja hanya selama beberapa minit selama musim berkenaan.

Suhu purata di sana ialah -2.3 darjah Celsius, tetapi ia boleh jatuh kepada -47 darjah Celsius ketika musim sejuk. Untuk jejak kaki di luar kawasan rumah mereka memang mustahil. Di sana mereka tinggal dalam rumah yang berbentuk seperti kontena kargo yang biasa diletakkan di atas kapal dagang.

Kawasan Villa Las Estrellas adalah tempat tinggal lebih 80 orang, kebanyaknnya adalah ahli keluarga dan anggota Tentera Udara Chile. Di sana, sesiapa sahaja yang berumur 6 tahun ke atas tidak lagi mempunyai apendix. Prosedur membuang apendix perlu dilakukan sebagai langkah pencegahan awal.

Oleh kerana, kawasan kediaman ini sebenarnya di atas Pulau King George, 120km dari kawasan panrai Antartika. Hospital yang berupaya melakukan pembedahan letaknya pula lebih 1,000km. Dengan membuang apendix penduduk di sana, ia akan mengurangkan risiko untuk berlakunya pemindahan kecemasan.

Sebenarnya, Villa Las Estrellas ada hospital mereka sendiri tetapi ia dikendalikan oleh seorang doktor biasa yang tidak boleh melakukan pembedahan kecemasan. Dengan keadaan angin kencang bertiup pada kelajuan sehingga 200km sejam, serta bermacam keadaan cuaca tidak menentu, agak mustahil untuk berlepas dari kawasan ini dengan hatta menggunakan pesawat tentera Hercules C-130 pun.

“Kita mesti sentiasa bersedia memastikan seseorang pesakit masih hidup untuk dua atau tiga hari, ia adalah tempoh yang biasanya diperlukan untuk sesebuah pesawat berlepas dari sana,” kata Komander Pangkalan Tentera Villa Las Estrellas, Sergio Cubillos.

Kalau anda hendak tahu lagi, untuk hamil di Villa Las Estrellas tidak dilarang tetapi tidak digalakkan.

Kawasan ini dbuka pada tahun 1984, ketika masa pemerintahan diktatot Augusto Pinochet, untuk membuktikan kewujudan negara Chile dan ia dikenali sebagai ‘Chilean Antartic’. Di Antartika, hanya ada dua negara kekal mendiami kawasan sejuk itu sejak ia dibuka iaitu Chile dan Argentina.

Ada 24 negara lain tetapi mereka hanya berada di kawasan sejuk itu untuk sementara untuk penyelidikan dan pangkalan ketenteraan.

Kenapa ramai orang Chile hendak tinggal di situ? Selain memerlukan apendix mereka dibuang, mereka mahu tinggal di situ kerana duit. Kerajaan Chile menawarkan insentif kewangan kepada mereka yang sanggup untuk tinggal di situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *