Penularan Jangkitan Virus Beguk Terkawal – Timbalan Menteri Kesihatan

Kebimbangan mengenali penularan jangkitan virus beguk mungkin akan surut sedikit selepas Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa ia berada dalam keadaan terkawal pada ketika ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, kebanyakan orang ramai yang mengalami penyakit berkenaan akan kembali sihat dalam masa tujuh hari.

“Penyakit ini walaupun boleh menjadi satu penyakit yang berjangkit tetapi ini bukan satu penyakit yang serius. Tahap jangkitan virus penyakit itu bermula kira-kira lapan hari sebelum simpton penyakit itu jelas.

“Tempoh kuaratin boleh mengambil masa sehingga 25 hari. Jangkitan penyakit itu masih terkawal,” katanya memetik berita BERNAMA.

Beliau bercakap demikitan kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen Saintifik Tahunan Persatuan Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) ke-2, di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, ada dua pasukan menarik diri dari temasya Sukma ke-19 kerana jangkitan virus beguk iaitu pasukan Futsal wanita dan lelaki dari Sabah dan pasukan Boling Padang wanita dari Negeri Sembilan.

Beguk merupakan sejenis wabak parotitis iaitu penyakit dibawa oleh virus bagi manusia. Virusnya dikenali sebagai virus Beguk atau RNA Paramyxovirus. Sebelum pembangunan vaksin penyakit itu, beguk merupakan penyakit kanak-kanak yang biasa berlaku di seluruh dunia, dan sampai sekarang ia masih merupakan ancaman kesihatan di dunia ketiga.

Simptom kalau anda sudah dijangkiti virus beguk, anda biasanya akan mengalami sakit kepala, demam dan Orchitis atau keadaan radang yang menyakitkan di buah zakat. Kalau lelaki matang yang mengidap beguk ada 30 peratus risiko Orchitis.

Keadaan lain seperti n/atau telinga perit dan kadang kala dalam kes lebih serius, kehilangan suara. Tambahan lagi, sehingga 20 peratus orang yang dijangkiti dengan virus beguk tidak menunjukkan apa-apa simptom, dengan itu mampu dijangkiti dan menyebarkan virus tersebut tanpa disedari.

Leave a Comment