Aeril Zafril Tegas Katakan Gambar Selfie Bukan Dirinya

Pelakon kacak, Aeril Zafril sejak semalam jadi tumpuan netizen dan beliau sendiri nyata tidak selesa apabila sekeping gambar selfie lelaki yang didakwa pihak tertentu milik dirinya tular di internet.

Bintang filem itu yang juga suami kepada pelakon Wawa Zainal kemudian tampil di media sosial miliknya untuk menjelaskan keadaan sebenarnya bahawa gambar itu bukan dirinya.

Dengar cerita, gambar yang memalukan turut disebarkan di laman pornografi.

“Ini gambar penuh yang diberikan seorang wartawan kepada saya dan dikatakan tular dari semalam.

“Cubaan keji yang cuba mengaitkan saya dengan keaiban yang dangkal ini,” kata Aeril dalam kenyataannya yang dikongsikan akaun Twitter Astrol Awatni.

Beliau turut melafazkan sumpah dengan nama Allah untuk secara tegas menafikan selfie berkenaan adalah dirinya.

“Wawollahi Watallohi Wabillahi, itu bukan saya, biarlah Allah yang memberi balasan pada yang terusan berniat atas fitnah ini,” tegasnya.

Memetik kenyataan beliau kepada Harian Metro, Aeril berkata jelas gambar itu bukan dirinya kerana ada banyak perbezaan antara dirinya dan lelaki di dalam gambar berkenaan.

Katanya, dia tahu kewujudan gambar itu di media sosial Twitter sejak tahun lepas.

“Saya masih waras dan tahu salah melakukan perkara seperti ini, banyak perkara lain saya perlu lakukan… Sekali pandang lelaki dalam gambar berkenaan memang ada rupa macam saya tapi jelas ia bukan saya,” kata Aeril.

Leave a Comment