March 28, 2023

Lelaki Korea Ini Adalah Ibu Kepada 21 Ekor Anak Itik

2 min read

Seorang lelaki dari Korea Selatan dikatakan telah membesarkan 21 ekor anak itik sebaik mereka menetas menjadi tular di internet kerana hubungan akrab sesama mereka. Satu video tular di alam maya di dunia yang menunjukkan anak-anak itik itu mengekori lelaki berkenaan seperti beliau ibu mereka ketika lelaki itu berjalan mendaki gunung.

Anak-anak itik itu turut mengikut setiap perintah lelaki itu. Lelaki itu yang berusia dalam lingkungan 50-an telah menjaga anak-anak itik itu dari peringkat telur dengan memastikan suhu sama seperti si ibu yang mengeram. Lelaki itu turut menolong anak-anak itik itu memecahkan cengkerang telur mereka ketika menetas.

Dia adalah benda pertama yang anak itik itu nampak selepas menetas. Akibatnya, lelaki itu dianggap oleh anak-anak itik itu seperti ibu mereka, memetik portal Oddity Central.

Anak itik seperti biasa akan mengikut ibu mereka ke mana-mana ia pergi, begitulah lelaki ini. Anak itik mengikut ke mana sahaja dia pergi termasuk naik ke atas gunung. Sebenarnya, lelaki itu hendak melatih anak-anak itik menyesuaikan diri sebelum nanti lelaki itu akan melepaskan mereka semula ke habitat asal.

Video yang viral itu menunjukkan anak itik mengikut lelaki itu mendaki sebuah gunung luar dari Seoul, Korea Selatan. Berhenti bila dia berhenti dan enggan mengikut orang lain selain lelaki itu yang tidak diketahui namanya.

https://youtu.be/_vBnTTyrw9M

https://youtu.be/ZQwvngVtcFw

Apa kerja lelaki itu sebenarnya tidak diketahu, tapi dia mungkin ada pengalaman yang luas memelihara itik, kerana di ada sekeping sijil tertera “Bapa Anak Itik” yang bertarikh 2005.

“Saya ada mimpi yang kecil untuk terbang bersama-sama dengan anak-anak itik ini satu hari nanti,” kata lelaki itu yang kekal misteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *