Luahan Sayu Seorang Ibu Apabila Masa Anaknya Untuk Pergi Semakin Hampir

Bayangkan betapa berat dan sayunya hati pasangan ibu dan ayah apabila mengetahui bayi mereka cahaya mata mereka akan pergi dijemput Ilahi dalam tempoh 1 jam selepas diberitahu oleh doktor.

Betapa rasa sedih sudah mula dirasakan meresap ke dalam hati dengan sebak dan syahdu memandangkan anak kesayangan terpaksa dilepaskan.

Seorang ibu bernama yang admin letak sebagai Deyna sahaja di laman sosial Facebook bercerita bagaimana dia menghabiskan masa saat-saat akhir itu bersama anaknya yang bernama Harith Faiz. Mana-mana ibu pun sudah pasti akan merasakan perkara yang sama iaitu ketakutan yang amat sangat.

“Akulah mak yang paling penakut, takut kehilangan satu-satunya anak yang aku ada, cakap dengan suami ” kalau doktor call cakap pasal anak b pergi hadap sorang ye, orang takut nak hadap,” (sebab sebelum ini doktor selalu call aku cakap jantung anak berhenti)…

Itu sebahagian luahan Deyna di Facebook yang jadi tular dan viral. Posting sedih itu mendapat 902 Like, 194 komen dan sudah dikongsikan sebanyak 222 kali sehingga artikel ini ditulis pada 13 Oktober 2018, pukul 5.08 petang.

Emak dan ayah sentiasa sayangkan anaknya. Tidak ada emak dan ayah yang sanggup lihat anaknya pergi. Luahan Deyna dalam gambar dalam posting sama di Facebook lebih menyayat hati apabila Deyna membisikkan ke telinga anaknya Harith bahawa dia dan suaminya sudah meredhakan bayi kesayangannya itu pergi.

“Bila jantung anak mama dan 0————– tetiba jadi 80 baik doktor pun terkejut, mama terus bisik kat telinga Harith, pergi je, mama abah okay je, jangan risau pergi dengan tenang hati, mama abah dah ikhlas…

Para netizen lain tidak kurang turut sama mendoakan kesejahteraan dan kecekalan pasangan suami isteri itu dan tabah menerima dugaan pemergian anak tersayang. Bagi Deyna dan suaminya, arwah Harith sudah menjadi anak penghuni syurga Allah.

Kehilangan cahaya mata, pada siapa sahaja yang tidak meruntun jiwa apabila nyawa paling tersayang pergi buat selama-lamanya.

Komen Netizen

“Al-Fatihah… syurga tempatnya..,”

“Salam takziah buat akak, sebak dan sedih bila baca, semoga akak sentiasa tabah dan kuat,”

Al-Fatihah….

Leave a Comment