Guna Twitter Untuk Jodoh, Gadis Kelantan Ini Anggap Ia Bukan Satu Gurauan

Dekat dunia media sosial Twitter, kini semakin meluas trend meminta retweet (RT) mengikut jumlah tertentu untuk mendapatkan apa-apa yang diinginkan. Mereka biasanya meminta para pengguna Twitter lain RT tweet mereka untuk tujuan berkenaan dengan jumlah tertentu biasanya ribu ribu.

Di portal Mstar Online, hari ini tular kisah tentang seorang gadis yang menggunakan Twitter untuk melihat keadaan masa depan jodohnya. Katanya, jika tweet yang ditulis itu mendapat lebih daripada 5,000 RT, gadis berkenaan akan berkahwin dengan seorang rakan baiknya.

Gadis itu dengan akaun Twitter @bajilahrabbit kemudian mendapat reaksi berbeza daripada pengguna Twitter lain dan tidak kurang juga yang mengecamnya kerana menggunakan Twitter dan RT untuk tujuan berkenaan.

Menurut portal berita itu, gadis yang dikenali sebagai Bazilah Mohammad ada alasan sendiri sehingga terpaksa berbuat demikian.

“Kami best friend jadi tak ada siapa tahu mengenai hubungan kami kecuali keluarga saya dan beberapa adik-beradik Muhammad Asyraf yang lain.

“Tweet tu sekadar nak bagi hint sedikit dekat orang lain, tak naklah nanti mereka terkejut kenapa kami tiba-tiba kahwin.

“Elok-elok jadi best friend tiba-tiba cakap nak kahwin… kahwin pula mengejut. Perspektif orang ramai berbeza jadi kami ambil jalan alternatif dengan buat tweet tu,” katanya.

Lelaki berkenaan yang juga kawan baiknya bernama Muhammad Asyraf Zulkifli dan berusia 24 tahun.

Rupa-rupanya, ia juga adalah cara Bazilah memberitahu kepada kawan-kawan bahawa dia sudah mula ada hubungan istimewa dengan si jejaka itu.

Gadis yang berasa dari Machang, Kelantan itu juga mengatakan bahawa tweet berkenaan bertarikh 15 Oktober bukanlah satu gurauan.

“Tweet tu bukan untuk bergurau. Kami betul-betul serius dan memang merancang nak kahwin dalam masa terdekat.

“Apa pun perancangan Allah lebih baik. Andai dia ditakdirkan untuk saya, saya terima dia seadanya.

“Restu keluarga juga kami utamakan. Doakan yang terbaik untuk kami dan semoga Allah berkati hubungan kami,” katanya.

Ketika ini artikel ini ditulis pada 20 Oktober, pukul 10.17malam, RT yang diterima tweet berkenaan ialah 8,800 dan menerima Likes sebanyak 3,300.

Disebabkan itu, Bazilah dan Muhammad Asyraf dikatakan lebih bersemangat untuk membincangkan hal perkahwinan mereka dengan lebih serius.

“Pada awalnya saya buat tweet tu untuk suka-suka… ingatkan tak ada sambutan. Tengok-tengok dah lebih 5,000 retweet, memang tak sangka sangat.

“Memandangkan kami sudah merancang nak kahwin, tweet itu jadikan kami lebih bersemangat untuk mencari tarikh yang sesuai bagi menyatukan hubungan kami ini,” katanya menurut portal berkenaan.

Bagi pengguna Twitter lain, reaksi berbeza dan kecaman adalah perkara biasa tetapi kebanyakannya juga tidak sabar hendak menantikan episod seterusnya kisah perhubungan antara Bazilah dan Muhammad Asyraf ini.

Boleh percaya ke ni sis? Dapat RT 5K, sis kawin??

Kenal hati budi dulu, bukan suruh orang yang tentukan jodoh mu….

Kami doakan agar pasangan ini akan terus bernikah dan kekal bersama serta bahagia hingga ke syurga.

Sumber : Twitter @bajilahrabbit dan portal Mstar Online

Leave a Comment