September 26, 2023

Sunfeet Kini Adakan Kempen ‘Back To School’ Kasut Sekolah Terbaik Untuk Kaki Anak Anda

3 min read

Memandangkan musim cuti sekolah dah nak dekat, ada antara keluarga yang sudah mula buat perancangan untuk membeli kelengkapan sekolah anak-anak untuk musim baru persekolahan yang akan mula pada tahun depan. Oleh itu, anda sudah boleh mula cari kasut sekolah anak anda.

Pakar Klinikal dan Ketua Eksekutif Sunfeet International Rehabilitation Center, Datuk Dr Edmund Lee memberi penerangan kepada keluarga dan blogger tentang kepentingan mengutamakan kesihatan kaki khususnya anak-anak.

Kalau anda hendak cari kasut sekolah tu, saya hendak ingatkan supaya anda periksa kaki anak anda kalau-kalau ada masalah dari segi bentuk kaki sehingga mengganggu postur badan anak anda sampai mereka hadapi masalah seperti sakit lutut dan sakit pinggang. Anda boleh pergi ke Sunfeet International Rehabilitation Centre di Seksyen 19, Petaling Jaya untuk buat pemeriksaan kaki anak anda.

Anda akan dilayan dengan baik oleh pasukan hebat Datuk Dr Edmund Lee yang akan melakukan pemeriksaan kaki anak anda dan memberikan ulasan tentang bagaimana keadaan kaki anak anda.

Pilih Kasut Sekolah Yang Pelihara Kaki Anak Anda

Ini adalah penting untuk anda membuat pilihan kasut yang sesuai untuk anak anda untuk pergi ke sekolah setiap hari.

Kalau anda lihat kaki anak anda normal, mungkin tidak kerana mungkin kaki anak anda mengalami masalah tertentu dek kerana tekanan ke atas kaki oleh badan yang tidak seimbang, ini akan membuatkan anak anda akan mengalami sakit pada kaki dan mungkin pada pinggang.

Semalam, di pusat rehabilitasi Sunfeet Dr Edmund memberikan penerangan kepada keluarga tentang pentingnya penjagaan kaki dan strukturnya untuk mengelakkan masalah yang lebih buruk pada masa akan datang.

Beliau berkata, orang ramai khususnya keluarga di negara ini kebiasaannya tidak mengambil berat akan keadaan kaki yang baik. Ketika membeli kasut, ibu bapa cenderung memilih kasut yang dijual dengan harga murah tapi memperjudikan nasib kaki anak mereka. Ada anak yang masih di usia awal tapi sudah mengalami sakit kaki dan sakit pinggang.

Kanak-kanak membuat pemeriksaan kaki di Sunfeet International Rehabilitation Center di Seksyen 19, Petaling Jaya.

Dengan menjalani pemeriksaan awal kaki di Sunfeet, anda boleh mengenalpasti masalah diperingkat awal dan mengambil langkah perlu untuk memperbaikinya.

Dr Edmund berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan penyelesaian untuk mengatasi masalah berkenaan bukan dari kaedah pembedahan sebaliknya menggunakan alat sokongan untuk kembali memulihkan keadaan kaki.

Kempen “Back To School” Oleh Sunfeet

Kini, Sunfeet sedang mengadakan kempen kembali ke sekolah dengan tawaran pembelian pelbagai jenis kasut sukan yang akan memastikan sokongan ke atas kaki anak anda untuk sentiasa dalam keadaan baik.

Biasalah, anak-anak akan ke sekolah dengan membawa sekali beg sekolah yang agak berat jadi ia akan memberikan beban yang banyak kepada kaki anak anda.

Antara pilihan kasut sekoleh di Sunfeet yang selamat untuk kaki yang sihat untuk dipakai oleh anak-anak ke sekolah setiap hari, sempena kempen Back To School.
Dr Edmund bergambar bersama-sama kanak-kanak yang menggayakan kasut sekolah Sunfeet sempena kempen Back To School Ahad lepas.

Datang ke Sunfeet dan dengar pendapat mereka dan kemudian anda boleh membuat pilihan tentang kasut sekolah yang sesuai untuk anda.

Di sana, Dr Edmund dan pasukannya akan memberikan khidmat nasihat terbaik di samping layanan yang mesra untuk anda mendapatkan apa yang terbaik untuk kaki anda.

Di Sunfeet, mereka berpegang kepada satu kata-kata iaitu, “Jika kaki anda gembira, anda akan gembira,”. Sayangilah kaki anda.

Pusat Sunfeet di Petaling Jaya ini beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 7 malam Sunfeet International Rehabilitation Centre
Blok C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor atau anda boleh Waze sahaja Sunfeet International Rehabilitation Centre untuk ke sana.

Penulis Sepatah Dua bersama dengan Dr Edmund.

Anda boleh melawat ke laman web Sunfeet di www.sunfeet.com.my dan boleh hubungi 013-921 2939 untuk apa-apa pertanyaan lanjut. Kalau laman Facebook mereka pula ialah Facebook Sunfeet International.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *