September 26, 2023

Video Cover Lagu ‘Ragaman’ Versi Negeri Sembilan Buat Tiga Sekawan Popular

2 min read

Lagu ‘Ragaman’ yang bersahaja dengan liriknya yang santai nyanyian Faizal Tahir jadi begitu popular sampai viral sehingga menjadi siulan peminat muzik Malaysia sampai jadi trending teratas di lama video YouTube pada bulan lepas.

Ia begitu popular sampai ada orang juga sanggup menyanyikan persembahan cover untuk lagu itu dan persembahan cover itu juga popular. Ada satu cover yang dinyanyikan oleh tiga orang kawan baik orang Negeri Sembilan dari Senawang di media sosial Twitter. Nyanyian mereka viral sejak dimuatnaik di Twitter pada Isnin lepas.

Masa artikel ini ditulis, ia telah dilihat sebanyak 295,000 kali di Twitter.

Nyanyian cover lagu Ragaman dimuatnaik oleh pemegang akaun Twitter dengan akaun @KucaiMars. Mereka ini dah popular sampai berita pasal mereka sudah masuk portal berita.

Menurut laporan di portal berkenaan, KucaiMars atau nama betul dia Amir Husyairi berkata, dia tidak sangka video itu akan dapat sambutan yang begitu baik daripada para orang ramai kerana ia dirakam sekadar suka-suka sahaja.

“Mula-mula saya, Shidee dan Daniel nak lepak je dekat pondok rumah Daniel, kemudian terdetik nak buat video kelakar.

“Saya cadangkan kami buat kelainan sedikit dengan lagu Ragaman memandangkan lagu tu tengah naik sekarang.

“Kami pun buat lagu Ragaman versi Nogori (Negeri Sembilan) dan selitkan sedikit elemen lakonan,” katanya kepada portal berita berkenaan.

Menurut Amir yang merupakan lulusan Diploma Teknologi Kreatif (Teater) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana itu, ramai yang meminta agar mereka bertiga membuat rakaman penuh lagu itu dalam loghat Negeri Sembilan kerana menyukai versi tersebut.

Kata anak sulung daripada empat beradik itu lagi, mereka mempertimbangkan untuk merakam semula lagu itu di studio tidak lama lagi.

Selepas video tersebut tular, Amir Husyairi memberitahu, sikap rakannya Muhammad Shidee yang sebelum ini pemalu berubah menjadi lebih yakin.

“Lama jugalah saya nak rakam ‘part’ awal yang mereka berdua berdialog tu.

“Lebih kurang 30 minit baru dapat rakam sebab saya asyik tergelak tengok aksi Shidee yang pemalu.

“Tapi, lepas dah ‘viral’, saya geram pula sebab dia semakin banyak bercakap… saya bergurau kata dia dah lupa diri sejak popular,” katanya.

Pemuda yang menjadikan Aizat Amdan sebagai idolanya itu juga pernah memuat naik beberapa lagu cover seperti Mimpi yang Sempurna dan Semua Tentang Kita dendangan kumpulan Peter Pan menerusi saluran YouTube KucaiMars.

Bakat yang dimilikinya telah membuka peluang untuknya membuat persembahan nyanyian di beberapa universiti di seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *