Dia Curi Motor Sebab Nak Rasa Pengalaman Naik Motor Besar

Ini adalah nota yang diberikan seorang pencuri motosikal kepada pemilik motor itu selepas mencurinya dengan alasan mahu merasai pengalaman menaiki motosikal berkuasa tinggi. Nota berkenaan viral di media sosial Twitter selepas dimuatnaik melalui akaun Twitter Astrol Awatni.

Kalau difikirkan mungkin logik juga, si pencuri yang dikenali dengan nama ‘Kaito’ melalui nota itu sudah kemaruk sangat hendak menaiki motor besar berkenaan.

Tidak diketahui motosikal berkenaan jenis apa dan jenama apa. Manusia kalau sudah nekad dia akan buat bersungguh-sungguh tidak kira pahala atau dosa. Dalam diri dia asalkan dia berjaya lakukan dia akan rasa berpuas hati.

Mungkin juga Kaito benar-benar hanya hendak merasa atau sebenarnya mula-mula curi motor hendak jual tapi kemudian rasa takut dan hendak pulangkan semula dia cipta alasan sedemikian supaya dia tidak tertangkap.

Kaito ini sudah tentu profesional dalam mencuri motosikal kerana dia berjaya curi motor berkuasa tinggi. Motor-motor besar biasanya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi untuk mengelak kecurian tapi Kaito berjaya melakukannya.

“Abang, saya nak minta maaf sebab saya dah cuti motor abang, saya tak ada niat pun hendak curi motor abang tapi saya nak ambil pengalaman naik motor besar.

“Bang, saya betul-betul minta maaf, sekian, Kaito.

“Motor abang ada dekat Empire Damansara dekat parking motor, maaf bang,” kata si Kaito jujur.

Nota kecil nakal si Kaito selepas berjaya mencuri motor besar.

Memang unik cara si Kaito curi motor. Kalau dia tertangkap, apa pula alasan yang akan diberikan kepada polis agaknya.

Ada juga pencuri yang mencuri gaya begini!! Dunia oh dunia.

Leave a Comment