October 3, 2023

Anda Sendiri Kesan Buaya Liar Sungai Kuantan Dengan Cruise Kuantan River Tours

4 min read

Ada satu tarikan pelancong di Kuantan, Pahang yang anda bukan sahaja merasai pengalaman tapi anda akan lakukan sendiri pengalaman itu dalam masa yang lama sampai anda puas sambil dibekalkan dengan maklumat dan ilmu oleh seorang individu yang amat bersungguh-sungguh.

Kalau anda ke Kuantan, teruslah sahaja ke jeti di tepi Sungai Kuantan di sebelah restoran McDonald’s untuk merasai pengalaman menaiki cruise dengan Kuantan River Tours yang dikendalikan dengan jayanya oleh Encik Zainal dan isterinya, Puan Aiman. Hanya mereka berdua uruskan tapi boleh deliver perkhidmatan yang terbaik menepati apa yang sebenarnya dimahukan oleh pengunjung ke Kuantan.

Encik Zainal mengemudi sendiri bot Kuantan River Tours dengan kepakaran dan sudah pasti beliau ada lesen untuk membawa pelancong dalam bot untuk perjalanan itu.

Ada benda istimewa dan jarang-jarang boleh didapati di mana-mana cruise yang lain iaitu anda boleh mengesan dan tengok buaya dengan jarak dekat, anda sendiri akan mencari buaya yang mendiami Sungai Kuantan. Jangan risau, buaya Sungai Kuantan

Ada orang yang saya kenal pernah mengatakan, anda tidak akan benar-benar mengembara sesebuah tempat selagi anda tidak menyusuri laluan-lauan air yang ada di kawasan itu. Oleh itu, saya cadangkan, kalau ke Kuantan susuri Sungai Kuantan dengan Kuantan River Tours.

Oleh kerana minat, anda akan dibawa menaiki bot yang baru dilengkapi dengan enjin yang baru oleh pengusahanya sendiri Encik Zainal sepanjang penerokaan di Sungai Kuantan.

Deretan bot nelayan di Sungai Kuantan. Anda boleh melihat keadaan ini dalam cruise Kuantan River Tours.

Anda akan dibawa dengan speed boat Kuantan River Tours menuju ke muara dan ke Laut China Selatan sambil bermain-main dengan gelombang di sepanjang muara Sungai Kuantan. Sepanjang perjalanan, ada ilmu akan dikongsikan oleh Encik Zainal tentang sejarah Sungai Kuantan dan juga tentang kisah bot-bot nelayan yang ada berlabuh cantik di sepanjang Sungai Kuantan.

Harga RM280 Tidak Ternilai Dengan Pengalaman Yang Bakal Anda Rasai

Hanya dengan RM280 per trip anda akan dibawa menyusuri Sungai Kuantan sehingga masuk ke Laut China Selatan, melihat perkampungan nelayan, melihat beacon (lampu penunjuk arah), melihat burung camar dan burung helang dari spesis White Bellied sama. Jangan risau kerana Encik Zainal ada lesen membawa bot dengan penumpang.

Paling penting jaket keselamatan yang disediakan Kuantan River Tours lengkap dan ada dari pelbagai saiz sesuai untuk semua orang. Bagi Encik Zainal, pengalaman dan ilmu yang penting diberikan kepada anda, selain ingin memastikan perkhidmatan Kuantan River Tours boleh terus diberikan kepada anda.

Kalau anda ambil pengalaman dengan harga RM380 per trip di Kuantan River Tours, anda boleh nikmati satu lagi pengalaman yang betul-betul menarik kalau dengan Encik Zainal iaitu melihat kelip-kelip dengan lebih dekat. Korang sendiri akan diajarkan cara untuk panggil kelip-kelip supaya ia akan terbang mengerumuni anda.

Satu perkara yang menarik dengan Kuantan River Tours, Encik Zainal akan ikut masa anda jika ada masa, sampai anda puas menikmati pengalaman yang anda mahu. Encik Zainal juga akan bersungguh-sungguh memastikan gambar anda akan diambil dengan baik dan cantik memastikan kenangan anda dengan cruise beliau, akan disimpan dengan baik.

Gambar yang diambil oleh Encik Zainal ketika dalam cruise Sungai Kuantan.

Anda Sendiri Akan Jejaki Dan Kesan Buaya Sungai Kuantan

Dengan pakej RM380 anda akan diminta sendiri menjejaki buaya dengan cara yang akan diberitahu oleh Encik Zainal di sepanjang tebing Sungai Kuantan di waktu malam. Dengan kegelapan malam, ia menambah thrill pencarian buaya itu. Beliau tahu dekat mana hendak cari buaya besar dan port-port sang bedal tengah berjemur atau berehat di atas tebing.

Bukan sahaja buaya, anda boleh jejaki memerang, burung raja udang dan ikan tembakul yang bersaiz besar.

Tidak cukup dengan semua perkara menarik yang saya dah story dekat atas tu, tapi ketenangan yang akan anda rasakan masa menaiki speed boat Encik Zainal semasa menyusuri Sungai Kuantan pun sudah cukup untuk anda datang lagi dan naik lagi bot dengan Encik Zainal.

Satu perkara yang saya hendak katakan, harga yang diberikan oleh Kuantan River Tours adalah jauh lebih murah daripada apa yang bakal anda bawa pulang selepas selesai trip anda dengan mereka. Ia adalah satu aktiviti yang amat-amat berbaloi. Pengalaman saya sudah cukup membawa makna yang amat mendalam.

Selain itu, kesungguhan beliau dan isterinya hanya berdua menguruskan Kuantan River Tours dengan baik sememangnya patut dibalas dengan kunjungan anda beramai-ramai dan merasai pengalaman menarik, cruise di sepanjang Sungai Kuantan.

PERHATIAN :-

Jika anda merakamkan video selama 1 minit, anda memberitahu kepada operator Kuantan River Tours Encik Zainal bahawa anda mendapat tahu berkenaan Kuantan River Tours dari portal ini, dan kemudian hantarkan mesej ke inbox Facebook Page kami Sepatah Dua, anda akan memenangi wang tunai RM10 sebagai penghargaan anda memaklumkan bahawa anda mendapat maklumat daripada blog Sepatahdua. 

Wang akan dimasukkan pada setiap penghujung bulan melalui akaun bank. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *