Gunung Kinabalu Ibarat Penanda Aras Produktiviti Pelancongan Malaysia
2 min read
Gunung Kinabalu di Sabah kini boleh dianggap macam ‘benchmark’ dalam industri pelancongan dari aspek produktiviti memandangkan negeri Sabah dikagumi dek kerana kejayaan industri pelancongannya.
Puncak Kinabalu ialah puncak tertinggi di Malaysia dan juga di Asia Tenggara dengan ketinggian kira-kira 4,095 meter dari paras laut. Kalau pelancong datang ke negeri Sabah iaitu negeri di bawah bayu, kunjungan ke Gunung Kinabalu paling tidak ke kaki gunung berkenaan adalah satu aktiviti yang wajib.
Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada ejen pelancongan dan blogger terpesona dengan keindahan puncak Kinabalu apabila sama-sama menyertai lawatan anjuran Malaysian Inbound Tourism Malaysia (MITA) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ke Sabah. Lawatan itu ialah program Showcasing Tourism Product (STP) 2018 Sabah.
Memang besttt!! Bila dibawa melawat ke pelbagai kawasan tumpuan pelancongan yang ada di negeri Sabah.
Presiden MITA, Uzaidi Udanis menyatakan keunikan industri pelancongan di Sabah ialah pihak penggiat industri menarik masyarakat setempat untuk sama-sama terlibat dalam menaikkan nama kawasan pelancongan di Sabah. Bukan sahaja di bandar besar atau lokasi tumpuan pelancongan yang terkenal sahaja, tapi di seluruh negeri Sabah.
Komuniti yang pelbagai etnik di Sabah sama-sama dengan penggiat industri ada peranan untuk merancakkan lagi industri pelancongan untuk sama-sama menarik pengunjung datang ke negeri yang terletak di kepulauan Borneo itu.
“Kita lihat kawasan pelancongan di Sabah ini banyak, taburannya merata-rata kerana di Sabah mereka melibatkan sekali komuniti setempat untuk merancakkan industri.
“Bukan sahaja ‘travel agent’ tapi juga penduduk yang dapat sama-sama merasai nikmat kerana mendapat peluang pekerjaan dan juga pendapatan hasil daripada kejayaan industri pelancongan di Sabah,” kata beliau.
Uzaidi berharap penggiat industri di negeri-negeri lain akan mengambil modul pengurusan pelancongan di Sabah dan mengaplikasikan ia dalam pengurusan mereka untuk meningkatkan produktiviti industri pelancongan di Malaysia.
Jadi, bolehlah diibaratkan ketinggian Gunung Kinabalu sebagai satu penanda aras untuk produktiviti yang perlu dicapai oleh para penggiat industri di negara ini.
BACA : Anda Sendiri Kesan Buaya Liar Sungai Kuantan Dengan Cruise Kuantan River Tours
Semua peserta Showcasing Tourism Product di Sabah terpegun apabila pada waktu pagi 14 Disember 2018, pemandangan gunung berkenaan begitu cantik kerana ketiadaan awan menyelubungi puncak Kinabalu yang amat tinggi itu.
Kami semua, bergilir-gilir mengambil gambar keindahan puncak gunung itu yang nampak kebiruan. Peserta ditempatkan dekat Hotel Perkasa Mt Kinabalu yang terletak di Kundasang. Hotel berkenaan menyediakan satu platform khas untuk menyaksikan keindahan gunung itu.

Dalam hati semua, sudah tentu memasang angan-angan untuk mendaki dan menawan puncak gunung itu ketika melihat keindahan gunung itu yang tersergam cantik di depan mata.
Bagi saya, biarlah saya tak diberi kesempatan lagi nak tawan Kinabalu, tapi bila diberi kesempatan nak tengok gunung Kinabalu dengan jelas pada awal pagi disertakan dengan tiupan angin sejuk di hotel yang terletak di Ranau yang sejuk cuacanya.
Untuk semua penggiat industri pelancongan di negara ini, mereka perlu memasang angan-angan dan merangka strategi untuk mencapai produktiviti setinggi Gunung Kinabalu, supaya industri pelancongan kita akan menjadi yang tertinggi di Asia Tenggara mendahului negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.