September 24, 2023

Dewan Kelab Rahman Putra, Majlis Menarik, Pemandangan Cantik

2 min read

Ketika musim cuti sekolah, mesti ramai yang hendak mengadakan majlis perkahwinan, pernikahan dan pertunangan. Tidak kurang juga mereka yang hendak mengadakan majlis makan malam untuk syarikat dan pekerja-pekerja untuk menghargai penat lelah mereka.

Kalau anda masih meraba-raba mencari di mana lokasi sesuai hendak adakan majlis anda, dekat Sungai Buloh ada satu lokasi yang sesuai untuk anda iaitu di Dewan Kelab Rahman Putra.

Dewan ini bukan sahaja selesa, tetapi majlis anda akan dihidangkan dengan sajian makanan yang sedap, serta pemandangan persekitaran yang cantik kerana ia terletak dalam kawasan padang golf Kelab Rahman Putra. Sambil menghadiri majlis, anda boleh layan pemandangan cantik dengan padang yang menghijau di kawasan kelab berkenaan.

Anda juga tidak perlu kusutkan kepala hendak fikirkan soal tempat parkir kereta kerana di kelab Rahman Putra, ia percuma.

Untuk mengadakan majlis di Dewan Kelab Rahman Putra, anda boleh menjemput jumlah tetamu yang ramai iaitu kira-kira 1,000 orang dengan pakej majlis yang berpatutan. Paling ideal, ialah untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda di sana kerana pakejnya amat menarik.

Pakej yang anda akan pilih sudah lengkap dengan persalinan busana pengantin, pelamin eksklusif, lengkap dengan jurugambar juga disediakan.

Kalau ada pilih pakej Adam dan Hawa, harganya ialah kira-kira RM35 seorang dengan minimum 1,000 orang tetamu. Jika anda pilih pakej Cinta Abadi ia berharga RM40 seorang dengan jumlah tetamu minimum 1,000 orang.

Antara lauk yang boleh anda pilih untuk sajian pada majlis anda ialah Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Ayam Masak Kuzi, Daging Malbari, Daging Masak Hitam dan Rendang Tok yang merupakan sajian yang sudah dikenali di Dewan Kelab Rahman Putra. Para tetamu juga akan berpeluang menikmati hidangan Fish Fillet Kerabu Mangga bersama dengan sos Thai yang istimewa.

Kalau pakej Cinta Abadi, anda akan diberikan percuma hidangan sampingan Char Kuey Teow untuk 300 orang dan Bubur Kacang untuk 300 orang. Anda juga akan menerima enam jenis salad percuma untuk pakej berkenaan, amat berbaloi dan bermakna.

Lokasi di Sungai Buloh amat strategik untuk diadakan majlis kerana ia terletak di pinggir bandar Kuala Lumpur dan tidak terlalu sesak untuk ke kelab berkenaan yang terletak dalam kawasan yang cantik dan menenangkan.

Anda kena segera menghubungi Encik Mazmadi 012-475 0151 dan Cik Surianti 011-3698 1261 untuk berunding tentang pakej melangsungkan majlis anda. Lokasi strategik, kawasan cantik, parkir percuma dan makanan sedap, apa lagi yang anda cari? Di Dewan Kelab Rahman Putra, semuanya ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *