December 9, 2023

Rawatan Lengkap Facial Spa Al Beauty Souq Dengan Harga Affordable!!

2 min read

Pada masa sekarang ini, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu penjagaan kesihatan adalah mustahak untuk mengelakkan kita mendapat apa-apa penyakit. Penting juga ialah penjagaan kulit. Tidak jauh dari ibu kota ada satu tempat menarik yang boleh memberikan perkhidmatan terbaik untuk kulit anda dengan harga yang berpatutan.

Bagi wanita sahaja, anda boleh datang ke Al Beauty Souq yang terletak dekat Selayang Point Business Complex yang bersebelahan dengan Selayang Capitol Mall.

Kalau kepada mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, untuk ke spa yang comel dan selesa ini tidak jauh. Ia diuruskan oleh dua orang adik beradik iaitu Nasiha Merin Mohd Anuar dan adiknya, Nabila Parvin. Untuk mereka yang masih remaja dalam belasan tahun, Al Beauty Souq boleh menjadi pilihan utama anda kerana harganya berpatutan.

Korang boleh mendapat khidmat facial bermula dari hanya RM59 sahaja sehingga RM99. Antara khidmat rawatan facial ialah Hydrating Facial, Herbal Facial, Whitening Facial dan Gold Facial. Masing-masing ada fungsi dan keistimewaannya sendiri mengikut keperluan kulit wajah anda.

Menurut Nasiha Merin, kalau Hydrating Facial ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering antaranya untuk mereka yang masih remaja, Herbal Facial sesuai untuk menghilangkan kesan akibat proses penuaan atau acne, Whitening Facial pula untuk mencerahkan kulit dan ia akan menampakkan kulit anda lebih segar dan bermaya dan Gold Facial pula ialah rawatan facial untuk anti-penuaan.

Selain facial, paling istimewa di Al Beauty Souq ialah khidmat solekan atau make up yang turut disediakan sesuai untuk keperluan majlis anda. Mereka boleh memberikan anda solekan paling sesuai untuk majlis pernikahan, pertunangan malahan persandingan dengan harga serendah RM100.

Bagi wanita juga, jika minat dengan inai Hena yang mempunyai pelbagai bentuk corak yang cantik, Al Beauty Souq juga menyediakan perkhidmatan berkenaan dan harganya berpandukan kepada corak yang anda gemari.

Corak-corak yang ada yang boleh anda pilih dan jadikan Hena di tangan adalah cantik dan anda akan berpuas hati dengan keputusannya nanti.

Selain facial dan solekan, anda juga boleh mendapatkan perkhimatan waxing, threading dan bleaching. Al Beauty Souq ialah sebuah spa yang lengkap dengan semuanya walaupun hanya baru dibuka kira-kira dua bulan.

Buat para wanita yang datang dan dapatkan rawatan usah risau, produk yang digunakan tidak mengandungi bahan kimia, organik dan ia didatangkan khas dari Pakistan, Dubai dan London. Spa Al Beauty Souq dibuka setiap hari kecual hari Isnin bermula pada pukul 10 pagi hingga 7 malam.

Anda boleh datang dengan temujanji ataupun walk in cuma kalau walk in dan ada pelanggan sudah menunggu, anda pun kena ikut giliran.

Sepanjang sesi rawatan facial, petugas spa akan memainkan kepada anda lagu yang menenangkan dan mengasyikkan untuk membuatkan anda tenang sepanjang masa.

https://www.instagram.com/p/BsKO1RyBYKz/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Anda boleh menghubungi Miss Nasiha Merin di talian +6012-626 0715 untuk mendapatkan temujanji anda untuk menenangkan diri dan mendapatkan rawatan facial anda di Al Beauty Souq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *