October 3, 2023

Hotel Sunway Velocity Tawar Penginapan Hebat Dan Tenang

2 min read
Menginap di hotel sekarang sudah tidak menjadi satu perkara yang dilakukan untuk tujuan melancong jauh atau berjalan-jalan untuk tujuan kerja.

Menginap di hotel sekarang sudah tidak menjadi satu perkara yang dilakukan untuk tujuan melancong jauh atau berjalan-jalan untuk tujuan kerja. Sekarang menginap di hotel boleh menjadi satu aktiviti yang dilakukan untuk melepaskan tekanan kerja atau stress sekadar menikmati kemudahan yang disediakan di hotel berkenaan.

Ada satu trend sekarang iaitu “Shop and Stay” melibatkan hotel yang ada pusat membeli-belah atau ada pusat membeli-belah berdekatan dengannya. Jika anda hendak menikmati “Shop and Stay” di ibu kota, Hotel Sunway Velocity adalah satu pilihan yang ideal untuk anda.

Ini adalah kerana hotel bertaraf 4 bintang ini bercantum sekali dengan pusat membeli-belah canggih Sunway Velocity Mall yang cukup terkenal dalam kalangan warga kota yang terletak di kawasan Cheras. Siapa tidak tahu bebola menyala yang besar di depan pusat membeli-belah berkenaan yang menjadi ikon Hotel Sunway Velocity.

BACA : Bagaimana Uzaidi Ingin Menambahkan Jumlah Kehadiran Pelancong Dari China

Bukan itu sahaja, hotel ini juga terletak dekat dengan pusat beli-belah perabot IKEA dan juga Mytown. Datang bersama keluarga ke Hotel Sunway Velocity dan anda boleh menikmati penginapan yang amat selesa dengan suasana yang tenang walaupun di bandar raya Kuala Lumpur.

Hotel ini menyediakan 351 buah bilik juga termasuk bangunan pejabat dan apartmen. Paling menarik ialah kolam renang di atas ruang bumbung Hotel Sunway Velocity yang turut dilengkapi dengan jacuzzi. Anda boleh berenang dan bermandi-manda sambil melihat pemandangan kawasan Cheras dari atas.

Selepas berehat, anda boleh sambung membeli-belah atau menonton filem di pawagam yang ada di Sunway Velocity Mall. Jika ada kelapangan lagi, anda boleh membeli-belah di IKEA dan juga Mytown. Pendek kata, selepas seharian penat bekerja, anda “Shop and Stay” di Hotel Sunway Velocity dan berehat sambil bersiar-siar di pusat membeli-belah.

Jika bagi bilik Superior King, harganya ialah sekitar RM176 satu malam, Superior Plus King RM218.24 satu malam, manakala bilik Superior Premier King berharga RM288.64 satu malam. Semua harga belum ditambah dengan cukai-cukai yang dikenakan.

Bilik Superior Premier King di Hotel Sunway Velocity

Jika anda menempah dan menginap bilik Superior Premier King, ada satu kerusi sofa di dalam bilik berkenaan yang boleh diubah menjadi katil menjadikan satu katil tambahan untuk keluarga menginap di bilik berkenaan.

Harga Hotel Sunway Velocity tidak lah terlalu mahal berbanding hotel 4 bintang yang lain dan ia amat sesuai untuk dijadikan tempat persinggahan untuk merehatkan diri.

Jika anda hendak bersantai sambil minum petang, outlet minum-minum ada disediakan iaitu Kaffeinate yang terletak di tingkat 5, hotel berkenaan.

Dengan hanya RM10 anda boleh pilih antara hidangan minuman dengan aneka pilihan roti atau aneka pilihan kek setiap hari bermula pukul 6.30pagi hingga 8.30malam di Hotel Sunway Velocity.

Hotel Sunway Velocity sentiasa bersedia menyediakan suasana penginapan yang selesa kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *