June 1, 2023

Inbound Tourism Bootcamp Pahang Buka Tirai Di Kuantan

2 min read
Hari ini bengkel Inbound Tourism Bootcamp (ITB) mula membuka tirai untuk episod ke-2 di Kuantan, Pahang selepas kali pertama diadakan di Pulau Langkawi, Kedah.

Hari ini bengkel Inbound Tourism Bootcamp (ITB) mula membuka tirai untuk episod ke-2 di Kuantan, Pahang selepas kali pertama diadakan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia akan berlangsung selama tiga hari dua malam di Hotel Cathayana untuk mengenalpasti isu dan mencari idea mempromosikan pelancongan Malaysia dengan lebih baik.

ITB Kuantan dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) di atas platform Tourism Productivity Nexus.

Negeri Pahang mempunyai reputasi lebih besar dalam industri pelancongan oleh kerana hampir semua aset tarikan pelancongan yang terkenal di Malaysia ada di Pahang. Tanah tinggi yang terkenal iaitu Genting Highlands, Cameron Highlands dan Bukit Fraser semuanya terletak di Pahang.

Kawasan pelancongan semulajadi iaitu hutan simpan berjuta tahun Taman Negara juga ada di Pahang. Sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia juga terletaknya di Pahang.

Pulau yang cantik iaitu Pulau Tioman juga terletak di Pahang. Kira-kira 35 orang penggiat industri pelancongan mempunyai harapan yang tinggi untuk program ITB Kuantan membawa lembaran baru kepada masa depan pelancongan di negeri itu.

ITB episod pertama di Langkawi adalah satu kejayaan apabila ia dapat membantu para pemain industri yang terdiri daripada ejen pelancongan, operator pelancongan dan petugas pelancongan berjaya dibimbing untuk mempromosikan pelancongan dengan lebih baik untuk membawa dunia melawat negara ini.

Pada program ITB, para pengusaha industri juga akan diberikan bimbingan untuk membuat promosi produk pelancongan mereka menggunakan platform digital supaya ia lebih menjangkau lebih jauh dari segi promosi prospek pelancong yang lebih luas.

Hadir pada program ITB di Kuantan ialah Presiden MITA yang juga merangkap Champion Tourism Productivity Nexus, Uzaidi Udanis dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Pahang Datuk Idros Yahya.

Program hari pertama dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah MPC Wilayah Pantai Timur, Azlan Kassim.

Pengarah MPC Wilayah Timur, Azlan Kassim memberikan ucapan alu-aluan kepada para peserta ITB Kuantan di Pahang.

Uzaidi dalam ucapannya kepada para peserta, beliau melontarkan satu persoalan iaitu di mana para penggiat industri pelancongan di negara ini ketika industri pelancongan dunia semakin berkembang dan negara jiran semakin membangun dari segi jumlah kehadiran pelancong di Malaysia.

“Dalam program ITB di Pahang ini lah kita hendak mencari jalan untuk menjadi Champion dalam bidang pelancongan untuk lebih mempromosikan negara kita kepada pelancong untuk datang ke sini,” katanya.

Pada akhir bengkel nanti, para peserta akan boleh merangka satu pakej pelancongan yang istimewa dan unik khusus untuk pelancongan berbeza daripada pakej pelancongan sebelum ini yang cuma biasa-biasa sahaja.

Kali ini, pakej yang akan dirangka dalam program ITB ini lebih kreatif dan mempunyai nilai pengalaman yang amat tinggi untuk pelancong bawa pulang ke negara mereka.

#InboundTourismBootcamp #ITBKuantan #MITA #MPC #MemacuProduktivitiNegara #PerbadananProduktivitiMalaysia #ThinkTourismActTourism #TravelPahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *