September 24, 2023

Travelogue Malaysia Melaka Dan Muar Food Trail, Trip Laluan Sutera Makanan Melayu (Siri 1)

3 min read
Tahukah anda? Saya rasa laluan perjalanan yang penuh dengan makanan yang sedap-sedap pada saya ialah dari Melaka ke Johor atau secara lebih terperinci ialah dari Melaka ke Muar di Johor.

Tahukah anda? Saya rasa laluan perjalanan yang penuh dengan makanan yang sedap-sedap pada saya ialah dari Melaka ke Johor atau secara lebih terperinci ialah dari Melaka ke Muar di Johor. Semuanya jadi saksi di depan mata dan dirasai di tekak sendiri betapa sedapnya makanan yang ada di laluan ini.

Saya hendak gelarkan laluan dari Melaka ke Muar ni laluan sutera untuk makanan-makanan Melayu sebab banyak sangat jenisnya dan rasanya.

Selama empat hari tiga malam, saya bersama dengan rakan-rakan dalam #TravelogueMalaysia menjelajah negeri Melaka dan Muar untuk satu trip menjejak makanan atau nama yang kami gelarkan ialah Food Trail.

Hari pertama 31 Januari 2019, seawal pukul pagi saya sudah memulakan road trip #TravelogueMalaysia Melaka menuju ke Ayer Keroh. Ayer Keroh ni kira destinasi pertama yang kita akan jumpa sebaik sahaja keluar dari plaza tol Ayer Keroh kalau melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tu. Hampir dua jam saya sampai ke Hotel MITC Melaka dalam kira-kira pukul 10 pagi.

Alhamdulillah sempat lagi menjamu selera hidangan sarapan ala buffet di hotel berkenaan yang bertaraf 4 bintang. Saya dan big boss Travelogue Malaysia disambut oleh Pegawai Pentadbiran Pemasaran Hotel MITC, Emma Azman. Selesai sarapan kami pun bergambar di sekitar hotel yang terletak dalam kawasan Melaka International Trade Center (MITC).

Hotel ini banyak kali tukar nama, saya pernah sekali menginap di sini ketika namanya ialah MITC Ancasa satu masa bertahun dulu. Sekarang nama dia dah lain dan sekarang sudah ada kolam renang yang cantik dan luas.

Selepas check in dan berehat seketika kami makan tengah hari di hotel dan kemudian bergerak ke jejak makanan yang pertama di Bandar Melaka iaitu Justberrys yang memang cukup dikenali dalam kalangan penggemar pencuci mulut atau dessert.

Saya disajikan oleh macam-macam jenis pencuci mulut. Dari cendol durian, buah-buahan, ais krim dan roti bakar yang dihidangkan bersama-sama dengan ais krim. Kegilaan itu membuatkan saya tak terkata dan tak dapat hendak ingat apa nama menu yang saya makan.

Kami semua dalam pasukan #TravelogueMalaysia kena makan elok-elok dan sikit-sikit sebab selepas Justberrys macam-macam lagi tempat makan menanti. Selepas selesai makan benda-benda manis, kami pun dah jadi semakin sweet kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Encore Melaka.

Pasal Encore Melaka, nanti saya akan tulis dalam satu coretan lain sebab ia ada satu sisi istimewa yang tak sesuai diceritakan bersama di sini.

Selepas di Encore, kami terus bergerak untuk menikmati pengalaman yang tak sah kalau tak dibuat kalau pergi ke Melaka. Kami menaiki River Cruise Sungai Melaka yang memang bestt. Saya tak pernah jemu kalau naik bot cruise ni berapa kali pun.

Habis di cruise, kami dah mula lapar balik. Misi menjejak makanan terus bermula semula. Kami terus ke lokasi Ujang Asam Pedas Claypot untuk dapat makan malam. Memang terbaik!! Melaka memang sama erti dengan Asam Pedas. Hidangan ala wajib kalau datang ke Melaka.

Tempat makan sedap ni, letaknya dekat Medan Selera Pasar Borong, Batu Berendam dekat Melaka. Pekena tengok Asam Pedas kepala ikan dia, anda takkan kira malu dah sebab asam pedas dia sedap. Kalau dah puas makan asam pedas, anda boleh pesan pula roti canai. Roti canai dia rangup garing dan paling best gebu jerr. Sedap sangat roti canai dia. Nama dia roti canai terbang!!

https://www.instagram.com/p/Btf-BUohVzC/

Ujang Asam Pedas Claypot menutup tirai hari pertama #TravelogueMalaysia Melaka yang sebenarnya ini adalah siri ke-2. Saya tak sertai siri pertama dulu. Entah berapa siri perlu dibuat Travelogue kalau hendak cover semua makanan sedap-sedap di Melaka ini.

Kemudian kami balik ke Hotel MITC di mana kami menginap dua malam sebelum meneruskan perjalanan ke Muar, Johor pada hari ketiga nanti. Saya akan menulis coretan seterusnya nanti tentang jejak makanan dalam Travelogue Malaysia ke Melaka dan Muar ini.

Travelogue Malaysia Melaka Food Trail dibawakan khas kepada anda dengan kerjasama antara Borakkita Media, #TravelogueMalaysia dan The Influenzas team, disokong oleh MITC dan Majlis Perbandaran Muar.

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada penaja kami, MITC, Encore Melaka, Justberrys, Melaka River Cruise, Mango Shake Royale Melaka, Restoran Cerana, Alai; Ujang Asam Pedas Claypot, Cendok Kampung Hulu, Muar Indah Villa, Muar Historia, Restoran Rabbit Home, Tourism Muar, Galeri Seni Muar, R&H Cafe, 434 Coffee dan Origina Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *