December 6, 2023

Fatin Umar : Make Up Artis Muda Yang Semakin Jadi Pilihan

2 min read
Kepada para artis serta pengamal media khususnya yang pakar dalam fotografi, jika memerlukan khidmat solekan gaya artis atau make up artis atau MUA, anda boleh berkenalan dengan seorang Make Up Artist yang sedang meningkat naik dengan potensi yang amat-amat besar iaitu Fatin Umar.

Kepada para artis serta pengamal media khususnya yang pakar dalam fotografi, jika memerlukan khidmat solekan gaya artis atau make up artis atau MUA, anda boleh berkenalan dengan seorang Make Up Artist yang sedang meningkat naik dengan potensi yang amat-amat besar iaitu Fatin Umar.

Gaya solekan beliau yang sememangya berkualiti dengan produk solekan yang digunakan membuktikan Fatin ialah seorang jurusolek yang mementingkan hasil karya yang berkualiti dan bukan sambil lewa.

Saya berpeluang mengikuti sesi photoshoot beliau bersama dengan model menggayakan koleksi rekaan telekung yang boleh dibawa dengan mudah ke mana-mana ketika travel di Studio GenrePost di Seksyen 7 Shah Alam.

Walaupun, solekan yang ditampilkan nampak simple, tetapi ada gaya solekan yang disukai oleh pereka fesyen dan wanita kerana solekan Fatin nampak bernyawa dan wajah lebih ayu serta tampak solekan itu tidak begitu tebal dan masih menyerlahkan kecantikan semulajadi.

Fatin melanjutkan pelajaran dalam jurusan Seni dan Rekaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan kini bakal memegang Ijazah Sarjana Dalam Teknologi Rekaan universiti yang sama.

Jika anda para penggemar solekan mengikuti laman Instagramnya, anda boleh melihat hasil-hasil berkualiti solekannya yang amat sesuai untuk apa jenis majlis atau acara pun. Fatin berusia 25 tahun dan bergerak di atas nama Makeup Artist (FUtouch).

Korang jika hendak mendapatkan khidmat solekan Fatin, boleh hantarkan mesej ke ruang pesanan terus di Instagramnya untuk maklumat lanjut.

Ada juga personaliti televisyen dan artis sudah pun mendapatkan khidmat Fatin dan mereka ternyata berpuas hati dengan hasil solekan beliau yang mempunyai kelainan yang tersendiri.

https://www.instagram.com/p/BsU0vePBRIo/?utm_source=ig_web_copy_link
https://www.instagram.com/p/BuIcZ8lhpfM/?utm_source=ig_web_copy_link

Fatin Umar bakal jadi nama besar dalam bidang solekan artis atau pun solekan untuk sebarang majlis dan acara. Korang dapatkan khidmat Fatin, pasti korang takkan menyesal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *