MITA Tourism Carnival 2019 : Beli 3 Percuma 1 Pakej Percutian Ke Indonesia
2 min read
Anda berpeluang menempah 3 pakej percutian dan mendapat 1 pakej percuma di Karnival Pelancongan MITA 2019 yang diadakan di MAEPS, Serdang di booth Wonderful Indonesia ke pelbagai destinasi di negara jiran itu.
Negara Republik itu sudah terkenal sebagai destinasi popular untuk rakyat Malaysia pergi bercuti memandangkan jarkaknya yang dekat serta nilai mata wang yang agak rendah berbanding Ringgit Malaysia menjadikan Indonesia tempat yang murah untuk membeli-belah.
Tawaran menarik itu diberikan oleh Kopetro Travel and Tours Sdn Bhd yang turut serta dalam karnival berkenaan yang berlangsung selama tiga hari bermula 29 Mac lepas.
Antara destinasi yang ditawarkan ialah ke Surabaya, Lombok, Bali, Jogjakarta, Banda Acheh, Bandung dan Jakarta.

Wonderful Indonesia adalah rakan penaja untuk Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) sempena Karnival Pelancongan MITA 2019 pada tahun ini. Acara besar ini diadakan untuk tahun keempat dan pada kali ini ia adalah antara yang terbesar.
Lebih 300 gerai dibuka dengan pelbagai produk pelancongan, makanan, kesenian, kraftangan serta gerai memberi penerangan tentang kempen berkaitan pelancongan.
Pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) turut membuka booth mereka pada karnival ini untuk menerangkan inisiatif mereka untuk meningkatkan produktiviti pelancongan di negara ini melalui platform Produktiviti Pelancongan Nexus (TPN).



Presiden MITA, Uzaidi Udanis merupakan Champion di bawah platform berkenaan untuk mengenalpasti masalah dan isu yang menjejaskan produktiviti syarikat-syarikat pelancongan kemudian mencari jalan penyelesaian sekaligus meningkatkan produktiviti.
Rakan Penaja MITA yang lain ialah negeri Terengganu, Penaja dari ASEAN, Wonderful Indonesia, syarikat penerbangan rasmi, Air Arabia, platform pelancongan online, Tour Plus dan aplikasi e-hailing rasmi ialah MyCar.



Sejak diadakan pada hari Jumaat lepas, kira-kira 25,000 orang sudah menghadiri karnival berkenaan dan menyertai aktiviti serta pertandingan yang didakan sepanjang ia berlangsung.
Anda masih ada masa untuk datang ke MAEPS Serdang kerana pada hari ini, lebih banyak tawaran menarik akan diberikan termasuk hadiah cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM200,000 dalam bentuk hadiah motosikal, pakej percutian dan telefon pintar.
Malam tadi, 24 orang artis terkenal tanah air mempersembahkan nyanyian mereka dalam konsert Hot FM Big Jam yang berlangsung dari pukul 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam. Ia turut menampilkan antaranya Ara Johari, Haqiem Rosli, Dayang Nurfaizah dan Aida Jebat.


Para pengunjung turut diberikan wang tunai ketika konsert berlangsung selepas berjaya menjawab soalan pengacara konsert Fizie, Shuk dan Shuib malam tadi.