October 3, 2023

Uzaidi Udanis Kekal Sebagai Presiden Terajui Majlis Pelancongan Malaysia 2019-2021

2 min read
Presiden Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) Uzaidi Udanis berjaya mengekalkan jawatan sebagai Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bagi sesi lantikan 2019-2021 selepas diumumkan memenangi pemilihan tanpa bertanding.

Presiden Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) Uzaidi Udanis mengekalkan jawatan sebagai Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bagi sesi lantikan 2019-2021 selepas diumumkan memenangi pemilihan tanpa bertanding.

Pemilihan diadakan semasa Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-33 MTC yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April lepas.

Mesyuarat itu telah dihadiri kira-kira 140 wakil delegasi daripada kira-kira 70 persatuan berkaitan pelancongan yang menjadi ahli dan bergabung di bawah MTC.

Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) Uzaidi Udanis ketika mengundi pada pemilihan MTC.

Pada majlis berkenaan, pemilihan diadakan untuk jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa MTC. Kesemua wakil delegasi perwakilan yang hadir mengundi pada hari berkenaan.

Senarai penuh kepimpinan MTC bagi tempoh 2019-2021 adalah seperti berikut :-

Timbalan Presiden : Datuk Tangavelu Kuppusamy (Malaysian Indian Tour and Travel Association)
Naib Presiden 1 : Datuk Seri Megat Hadzlie (Persatuan Pelancongan Warisan Malaysia)
Naib Presiden 2 : Datuk Azlie Halim (Travel Writers Association of Malaysia)

Setiausaha Agung Kehormat : Datuk Noor Zaleha Baharuddin (Malaysia Tourism Development Association)

Bendahari Kehormat : Datuk Seri Razali Mohd Sham (Persatuan Agensi Pelancongan Umrah Haji)

Ahli Jawatankuasa :

  1. Zohaime Muhamad Sori (Persatuan Kampungstay dan Homestay Malaysia)
  2. Ahmad Idrose Mohd Tambarin (Persatuan Skate Federation)
  3. Ahmad Nadzri Ismail (Persatuan Pelancongan Agro Malaysia)
  4. Tengku Ahmad Rihandin (Persatuan Keris Semenanjung)
  5. Datuk Aruldas Arulandu (Kuala Lumpur Tourism Association)
  6. Azian Mohd Arif (Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputera Perak)
  7. Chong Jing Kong (Persatuan Karavan dan Perkhemahan Malaysia)
  8. Mohd Shahrul Yunasyrik Mohd Yusof (Persatuan Pelanongan Bagan Datuk)
  9. Masmadi Mohamad (Federation of JPK Accredited Center Malaysia)
  10. Emmy Suraya Hussein (Malaysia Budget Hotel Assciation)

Selepas Uzaidi yang juga Champion bagi inisiatif Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) di bawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) diumumkan menang jawatan Presiden MTC, beliau mengucapkan syukur kerana pihak MTC masih memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menerajui MTC untuk penggal seterusnya.

Dalam ucapannya itu, beliau berkata kepada calon yang tidak terpilih akan diserap dalam kepimpinan MTC melalui apa cara sekalipun kerana tenaga dan idea mereka diperlukan untuk memantapkan lagi industri pelancongan negara.

“Kita akan serap mereka yang tidak terpilih, kita akan tengok ruang mana yang boleh kita akan serap masuk untuk sama-sama kita bergerak untuk memperhebatkan lagi industri pelancongan negara,” kata Uzaidi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *