Layan Berbuka Puasa Di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Konsep Bazar Ramadan
2 min read
Kalau tak berbuka puasa di rumah, umat Islam di negara ini kebanyakannya memilih berbuka puasa di luar. Jika berbuka puasa di luar, antara lokasi yang sering menjadi pilihan hati ialah di restoran dan di hotel bertaraf lima bintang. Bagi orang ramai, apabila tiba bulan Ramadan, sekali sekala dapat merasa berbuka di hotel besar amat bermakna serta dapat merasa makan secara agak mewah.
Hidangan berbuka puasa di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park boleh menjadi pilihan yang bagus kerana lokasinya yang berada di ibu kota serta harganya yang agak berpatutan berbanding jamuan berbuka secara bufet di hotel-hotel lain.
Hotel berkenaan pada Ramadan kali ini memperkenalkan kelainan pada menu bufet berbuka puasa mereka dengan menampilkan persembahan makanan bercorak ala-ala Bazar Ramadan. Setiap kali bulan puasa tiba, orang ramai akan membanjiri Bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka di seluruh negara. Oleh kerana itu, konsep bazar ditampilkan untuk jamuan berbuka kelihatan meriah.
Suasana unik itu dipersembahkan dengan tema Bazar Perdana di Restoran 10 Binjai. Restoran berkenaan yang berkonsepkan suasana santai telah diubah menjadi suasana di bazar.
Restoran 10 Binjai menampilkan gerai-gerai bazar Ramadan yang unik buat para pengunjung bagi merasai suasana seperti berada di bazar Ramadan yang sebenar.
Menurut Pengurus Besar PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur, Taha Zainal, tema Bazar Perdana dipilih untuk tahun ini kerana ia merupakan salah satu simbolik perpaduan masyarakat Malaysia.
“Seperti yang sedia maklum, bazar Ramadan menjadi medan tarikan pengunjung untuk membeli juadah berbuka puasa tanpa mengira kaum.
“Sehubungan itu, kami di hotel ini menjanjikan satu pengalaman bazar Ramadan yang menarik dengan tawaran pelbagai menu
istimewa,” katanya dalam kenyataan media pihak PNB Perdana Hotel & Suites.




Makanan untuk hidangan bufet di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park disediakan oleh Eksekutif Chefnya, Chef Amran Adnan dengan aneka rasa dan variasi sebanyak 188 hidangan masakan tempatan yang sudah tentu menjanjikan pengalaman berbeza kepada tetamu restoran itu.
Harga untuk sajian bufet berbuka puasa di Restoran 10 Binjai ialah RM98 seorang.
Selain dari suasana bazar itu, Restoran 10 Binjai turut menyediakan beberapa jenis siganture dish untuk Bazar Perdana antaranya Sup Berempah Binjau, Kambing Golek, Apam Balik, Satay, Aiskrim Goyang, Ais Batu Campur dan Murtabak Cheese.
Hidangan bufet berbuka PNB Perdana Hotel & Suites On The Park bukan hanya disediakan di Restoran 10 Binjai, Restoran 39 di hotel berkenaan juga turut menyediakan bufet yang sama.



Dengan dihiburkan dengan muzik menenangkan dan pemandangan indah Kuala Lumpur, pengunjung dijemput untuk menerokai pengalaman berbeza dengan merasai hidangan yang ditampilkan di sana antaranya iaitu Kari Kepala Ikan dan Sup Gear Box.
Harga bufet Bazar Perdana di Restoran 39 pula berharga RM135 seorang. PNB Perdana Hotel & Suites On The Park di ibu negara merupakan sebuah hotel berkonsepkan syariah telah mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi.

Bagi pengunjung, anda boleh menunaikan Solat Maghrib dan Terawih di surah yang disediakan di tingkat 5.
Kalau anda berada di sekitar Kuala Lumpur seperti di KLCC misalnya, dan anda mencari lokasi untuk berbuka puasa, anda boleh menikmati bufet Bazar Perdana berbuka puasa di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park.