December 6, 2023

Bufet Ramadan Dewan Tengku Zara Berharga RM55 Termurah Di Lembah Klang?

3 min read
Anda boleh datang dan cuba berbuka puasa di Dewan Tengku Zara di Bangi yang menyajikan bufet Ramadan untuk berbuka puasa dengan harga yang amat berpatutan.

Pernahkah anda mencuba berbuka puasa di dewan. Mencuba merasai pengalaman beriftar dengan bufet Ramadan yang diadakan di dalam dewan yang biasanya digunakan untuk majlis perkahwinan.

Anda boleh datang dan cuba berbuka puasa di Dewan Tengku Zara di Bangi yang menyajikan bufet Ramadan untuk berbuka puasa dengan harga yang amat berpatutan. Jika dibandingkan lokasi, keadaan dewan dan kemudahan parkir kereta yang luas, dewan ini benar-benar menawarkan harga yang jauh lebih murah daripada harga berbuka puasa di hotel-hotel mewah.

Harga murah tapi kualiti dan rasa makanan setanding malahan lebih baik kerana Dewan Tengku Zara menyediakan masakan lauk tradisional kampung dengan rasa asli seakan-akan homemade cooking jika anda berbuka di sana?

Untuk seorang dewasa, harga ialah RM55.00 manakala untuk kanak-kanak ialah RM27.50. Amat berbaloi kan?

Berbuka puasa di Dewan Tengku Zara ini, anda akan menikmati Kambing Golek Arab yang lazat, serta lebih 150 juadah makanan termasuk 10 jenis makanan yang disediakan menggunakan konsep warung.

Antara lauk-pauk lain yang ada ialah, Ikan Keli Bakar, Ikan Kembong, Ikan Pari, Gulai Kawah, Bubur Lambuk, Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Patim Stem Dengan King Sauce dan Nasi Ayam.

Bufet Ramadan Dewan Tengku Zara diuruskan oleh syarikat katering Azam Pandan Sdn Bhd dipimpin oleh Encik Mazmadi Mohamad yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutifnya. Beliau berpengalaman lama dalam bidang makanan dan minuman dan telah pun mengadakan bufet Ramadan berbuka puasa di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) selama 15 tahun sebelum ini.

Encik Mazmadi Mohamad, CEO Azam Pandan Sdn Bhd yang menguruskan bufet berbuka puasa di Dewan Tengku Zara, Bangi.

Encik Mazmadi pernah bekerja dalam bidang sama di banyak rangkaian hotel lima bintang seperti Shangri-La, Holiday Villa London, rangkaian Hotel Seri Malaysia dan kini menerajui syarikat katering Azam Pandan.

Menurut beliau, semua hidangan untuk bufet berbuka puasa di Dewan Tengku Zara di Bangi disediakan oleh Chef Rahmah yang berpengalaman lebih 40 tahun memasak. Antara masakan yang menjadi signature dish di dewan berkenaan ialah Gulai Keladi Kemahang Tempoyak dimasak menggunakan resipi tradisional dari Ulu Dong, di Raub Pahang.

Kambing Golek Arab disediakan oleh Chef Yassir dari Yaman.

Kambing Golek yang lazat dan hidangan Ayam Mandy pula disediakan oleh Chef Yassir dari Yaman. Ikan Patin Masak Tempoyak pula menggunakan resipi tradisional tetapi ikannya dihantar segar dari Sungai Pahang di Pekan khusus dimasak untuk tetamu di bufet berbuka puasa Dewan Tengku Zara.

Dengan harga seperti itu, dihidangkan Ikan Patin segar, sudah pasti rasa masakannya seperti masakan tradisi di Pahang yang sedap dan segar. Bagi Encik Mazmadi, kualiti penting untuk dikawal kerana rasa serta keselamatan hidangan untuk dihidangkan kepada orang ramai amat penting.

Semalam, saya berpeluang menikmati bufet berkenaan dan ia adalah satu pengalaman yang agak menyeronokkan memandangkan dewan berkenaan adalah sebuah dewan yang cantik dengan hiasan dalaman yang dibuat mirip anda sedang berada di dalam taman.

Hidangan disediakan di setiap tingkat tetapi hidangan utama diletakkan di tingkat atas. Kelazatan Kambing Golek Chef Yassir telah membuatkan pengunjung semalam beratur sehingga ke jalan raya untuk mendapatkan kambing golek itu. Rasanya memang sedap yang amat.

Jangan risau anda gagal mendapatkan tempat untuk berbuka puasa di Dewan Tengku Zara di Bangi kerana ramai orang yang anda boleh hubungi untuk pertanyaan dan tempahan berbuka puasa.

Jamuan bufet berbuka di dewan itu diadakan dari 8 Mei hingga 2 Jun nanti.

Anda boleh hubungi Encik Mazmadi (012-475 0151), Nisa (019-249 5778), Sue (011-3698 1261), Syazwan (012-614 0151) dan Emma (019-945 1449).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *