Video Mesin ATM Beras Tajaan Sunway Ditonton 185,000 Kali Di Twitter
3 min read
Video mesin ATM beras yang ditaja oleh pihak Sunway dan diletakkan di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah di Wangsa Maju pada 29 Mei lepas viral dan mendapat tontonan sehingga 185,000 kali di Twitter. Bagaimanapun, video berkenaan tidak viral di negara ini tetapi ia viral di Timur Tengah kerana akaun Twitter Sepatah Dua mendapat ramai followers dari Arab Saudi.
Tweet berkenaan memaparkan video tentang demonstrasi penggunaan mesin berkenaan pada majlis perasmiannya di masjid berkenaan. Mesin ATM itu tidak mengeluarkan wang tetapi mengeluarkan beras selepas ia disentuh dengan kad khas.
Sudah menjadi lumrah di Arab Saudi, mereka amat sinonim dengan pemberian bantuan seperti zakat untuk membantu golongan yang susah dan amat memerlukan khususnya golongan asnaf. Oleh kerana itu video pelancaran mesin ATM beras oleh Sunway ini mendapat perhatian pengguna Twitter di sana.

Pihak Sunway adalah syarikat korporat pertama di Malaysia yang menaja mesin seperti itu. Pihak Sunway merancang untuk meletakkan lapan buah mesin ATM beras itu yang boleh memberi 6,000 kilogram beras seluruh negara.
Mesin ATM beras pertama dipasang dan dilancarkan di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pada 13 Mei lepas. Kesemua lapan mesin akan dipasang siap seluruh Malaysia sebelum 22 Jun nanti.
Kempen ini ialah usaha Sunway untuk membawa kegembiraan dalam menjalani kehidupan kepada kumpulan B40 iaitu golongan berpendapatan rendah dengan kira-kira 11,520 penerima seluruh negara.
Selain memasang mesin ATM beras, Sunway juga membawa kegembiraan dengan mengadakan pelbagai program iaitu mengedarkan Bubur Lambuk, majlis berbuka puasa Barakah, mengedarkan makanan untuk gelandangan dan pergi membeli-belah baju raya untuk golongan B40 di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Johor.





Pada 29 Mei lepas, sebanyak 1,200 bekas Bubur Lambuk diedarkan kepada orang ramai di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah dan keesokannya sebanyak 800 bekas Bubur Lambuk dan 600 pek makanan diedarkan kepada orang ramai dan kumpulan gelandagan di Anjung Singgah di Jalan Hang Lekiu di ibu negara.
Bubur Lambuk dan makanan dimasak istimewa oleh Chef Pakar dari rangkaian hotel Sunway antaranya Sunway Hotel Seberang Jaya, Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur dan Sunway Resort Hotel and Spa.
Di Anjung Singgah, iaitu tempat para gelandangan diterima dan boleh menginap di situ di bawah Yayasan Kebajikan Negara sebanyak 600 pek makanan diedarkan. Pek makanan dan bubur turut diedarkan ke Anjung Singgah Hospital Selayang, Better Brighter Anjung Singgah Hospital Serdang dan Pusat Pembelajaran Komuniti Jalan Chow Kit.





Jelas terpancar kegembiraan di wajah orang ramai dan gelandangan yang dapat menerima dan merasa Bubur Lambuk serta makanan yang disediakan oleh hotel Sunway pada bulan Ramadan menandakan kempen #sunwayforgood yang bertujuan membawa kegembiraan berjaya capai matlamat.
Sedap pula bubur lambuk tu yang dimasak oleh Chef Sunway.
Ditubuhkan pada tahun 1974, Kumpulan Sunway ialah konglomerat terbesar di Malaysia dengan pelbagai bidang perniagaan dari hartanah, pembinaan, pendidikan dan kesihatan.
Mereka mempunyai kira-kira 16,000 pasukan terbaik di 50 lokasi di seluruh dunia yang komited dengan perjuangan Sunway.
Pada tahun lepas, inisiatif Sunway For Good berjaya menyentuh hati kira-kira 38,000 rakyat Malaysia, tahun ini mereka menyasarkan untuk memberikan kegembiraan untuk 50,000 orang rakyat Malaysia pula.