September 24, 2023

ITB Selangor : Cuba Kita Lupakan Apa Yang Pernah Kita Belajar, Dan Belajar Semula – Uzaidi Udanis

2 min read
Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) Uzaidi Udanis mengajak peserta program Inbound Tourism Bootcamp (ITB) 2019 Selangor yang bermula hari ini untuk cuba melupakan apa yang dipelajari dan belajar semula untuk mendapatkan ilmu yang baru dan lebih kreatif dalam mempromosikan pelancongan menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia.

Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) Uzaidi Udanis mengajak peserta program Inbound Tourism Bootcamp (ITB) 2019 Selangor yang bermula hari ini untuk cuba melupakan apa yang dipelajari dan belajar semula untuk mendapatkan ilmu yang baru dan lebih kreatif dalam mempromosikan pelancongan menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berinteraksi dengan kira-kira 50 orang peserta ITB Selangor hari ini. Beliau berkongsi maklumat tentang isu dan belenggu yang menjejaskan industri pelancongan di negara ini.

“Kita cuba dalam program ITB di Selangor ini, kita lupakan apa yang pernah kita belajar dan cuba belajar semula,” kata Uzaidi dalam ucapan itu.

Menurut beliau, pada zaman ini trend pelancongan di seluruh dunia sudah berubah mengikut perkembangan semasa. Bukan lagi ikut cara lama pelancongan yang pernah diketahui sejak dulu.

Dalam kata-kata beliau, Uzaidi turut menggesa para peserta untuk lebih aktif melibatkan diri dalam pelancongan dalam Malaysia iaitu mengajak pelancong datang ke negara ini.

“Kita hendak tanya, berapa ramai ejen yang ada harga kontrak dengan hotel-hotel di Malaysia… Sebenarnya tak ramai.

“Yang kita tahu ialah ramai ada harga kontrak dengan hotel di Mekah dan Madinah serta hotel luar negara, kita perlu ramai lagi yang terlibat dengan pelancongan inbound bawa pelancong ke dalam negara dan anda perlu ada harga kontrak dengan hotel-hotel di negara ini,” katanya.

Prorgam bengkel berkenaan menghimpukan pengusaha pelancongan terpilih dari seluruh Selangor untuk berkumpul dan mengenalpasti isu yang menjejaskan pelancongan serta membentuk pakej pelancongan yang baru serta menawarkan pengalaman hands-on kepada pelancong dalam menikmati budaya dan cara hidup orang Malaysia untuk dibawa balik ke negara asal mereka.

Peserta ITB Selangor bergambar beramai-ramai selepas sesi pertama pagi ini.

Untuk ikut trend semasa, oleh itu para penggiat pelancongan perlu lupakan apa yang pernah mereka belajar dan cuba belajar balik untuk mendapatkan ilmu baru yang lebih berkesan untuk terus aktif dan merekodkan produktiviti yang tinggi untuk industri pelancongan.

Di negara ini, industri pelancongan merupakan antara sembilan sektor yang merekodkan produktiviti di bawah paras purata produktiviti kebangsaan.

Program ITB dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama MITA dibawah inisiatif Tourism Productivity Nexus (TPN) bertujuan meningkatkan produktiviti syarikat-syarikat penggiat industri pelancongan di negara ini untuk lebih produktif.

Mereka akan berhimpun di Subang, Selangor bermula dari 17 hingga 19 Jun menjalani bengkel intensif ini dibimbing oleh jurulatih yang amat berpengalaman dalam semua aspek dalam industri pelancongan.

Memetik perenggan dalam laporan Berita Harian Online bertarikh 25 Mei lepas, ia menyatakan kerajaan negeri Selangor menyasarkan untuk menerima antara lapan hingga 10 juta pelancong ke negeri berkenaan pada tahun ini.

Tahun lalu, Selangor menerima kehadiran 7.25 pelancong. Ia adalah kenyataan daripada Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor Datuk Rashid Asari.

ITB Selangor adalah program pertama sambungan kepada 12 program seluruh negara selepas ia berehat untuk memberi laluan kepada ketibaan bulan puasa dan hari raya selepas program ITB Terengganu pada April lepas.

#ITBSelangor #MPC #MITA #TourismProductivityNexus #Subang #SelangorDarulEhsan #Malaysia #MemacuProduktivitiNegara #TravelMalaysia #TourismSelangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *