Ini Mee Kari Dekat Miramy Kitchen Di Kuantan Yang Sedap
2 min read
Saya hendak bagi cadangan, kalau teringin nak makan Mee Kari, Keropok Lekor dan Capati yang best dekat Kuantan, korang pergi ke Miramy Kitchen dekat Kuantan dekat kawasan Bandar Indera Mahkota.
Masa saya berada di Kuantan, boss Tourism Pahang bawa saya makan di sini dan merasa Mee Kari dia memang padu. Kuah kari yang pekat dan berwarna jingga penuh dengan tauge tu memang menjemput selera orang-orang khususnya yang tengah lapar.

Selepas menikmati Mee Kari, kami digoda sampai terpaksa menambah pesanan makanan dekat Miramy Kitchen dengan order Keropok Lekor dengan Capati pulak. Kalau keropok lekor bagi saya rasa dia akan sedap kalau keropok tu berasa kurang masin dan tak ada tekstur tulang ikan. Kalau ada, memang potong mood nak makan.
Dekat Miramy, dengan warna keropok yang sedap, memang rasa dia seimbang antara garam dengan rasa ikan dalam keropok itu.

Capati dia pulak, memang lembut yang amat. Kari dia pula, kalau dah kari dengan mee tadi sedap, kari buah cicah Capati lagi killer.
Harga dekat kedai Miramy ni murah dan berpatutan sebab tu setiap malam, ramai jer orang menikmati makan-makan dekat sini. Dekat ini, masa menunggu untuk dapat order anda dan makan memang tak lama. Sekejap jer nanti dah dapat pesanan anda. Diaorang lagi suka kalau anda tambah menu berkali-kali.

Tak macam sesetengah kedai yang kalau kita nak repeat order muka para pekerja mereka akan jadi ketat sebab terpaksa lagi melayan order anda.
Kalau singgah di Miramy, anda kena order Mee Kari, Keropok Lekor dan Capati dia ni yang memang dah cukup hendak buat anda kenyang.
Lokasi tepat dia ialah di Jalan IM2, Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang.
Memang layan sebab bila tengok orang ramai dan mereka makan begitu berselera, anda pun akan ikut berselera juga.