September 26, 2023

Peserta ITB Terengganu Raih Rezeki Terima Pelancong Dari Turki Melalui Aplikasi Showaround

3 min read

Seorang peserta bengkel Inbound Tourism Bootcamp (ITB) 2019 di Terengganu telah berjaya meraih pendapatan melalui aplikasi platform digital yang menawarkan pelancongan melalui merasai sendiri pengalaman iaitu Showaround apabila berjaya menerima pelancong dari Turki.

Pengusaha Homestay Pantai Pandak Chendering Juliana Hassan berjaya menerima pelancong ini melalui aplikasi itu yang membuat kita menjadi tuan rumah dan membawa pelancong berkenaan bersiar-siar di sekitar lokasi kampung atau tempat kediaman tetapi mungkin ada pengalaman serta tarikan unik di sana.

Bagi Juliana, beliau menunjukkan kepada pelancong Turki berkenaan tentang suasana persekitaran Pantai Pandak yang amat cantik dengan airnya yang jernih serta mempunyai laluan pantai yang amat panjang.

Ketika Juliana mencipta kejayaan ketika itu, di Ipoh program siri akhir ITB sudah masuk hari kedua. Pada hari kedua, para peserta melalui setiap kumpulan membentangkan pakej sehari mereka untuk memperkenalkan apa aktiviti menarik dan baru yang boleh dilakukan di negeri Perak.

Kesemua mereka iaitu empat gadis dari Turki merupakan pelajar yang belajar di Universiti Sultan Zainal Abidin selama tiga minggu dalam satu program pertukaran pelajar.

Mereka pada mulanya berhubung dengan Juliana dan adiknya Salina tetapi tidak mengetahui bahawa kedua-dua mereka adalah adik beradik.

Juliana (depan) bergambar bersama empat orang pelancong dari Turki yang juga pelajar yang menyertai program pertukaran pelajar di UNISZA.

Bagaimanapun, pada hari pertama berjumpa dengan mereka semalam Salina terpaksa memberikan tugas membawa kesemua pelajar Turki bersiar-siar kepada Juliana kerana Salina tidak sihat.

Jadi, niat mereka untuk membuat kejutan kepada pelajar-pelajar Turki berkenaan tidak kesampaian.

“Kami dah berbual-bual sejak bulan lepas lagi tetapi baru dapat jumpa pertama kali semalam,” kata Juliana.

Menurut Juliana, beliau membawa pelancong itu bersiar-siar sekitar kampung dan merasai pengalaman mengenali budaya dan adat resam orang Terengganu.

“Saya bawa mereka pusing kampung, ke pantai Chendering, tengok gelanggang silat, tengok rumah-rumah kampung, solat di Masjid Sultan Ismail dan akhir sekali ajak ke Star Anise Cafe di China Town.

Cerita tentang Juliana hanyalah satu daripada banyak lagi cerita kejayaan para peserta ITB yang diadakan sebanyak 12 program di seluruh negara.

Aplikasi Showaround juga hanyalah satu daripada banyak aplikasi digital yang diperkenalkan kepada para pengusaha pelancongan yang menyertai bengkel intensif berkenaan yang diadakan selama tiga hari.

Ketika Juliana mencipta kejayaan ketika itu, di Ipoh program siri akhir ITB sudah masuk hari kedua. Pada hari kedua, para peserta melalui kumpulan membentangkan pakej sehari mereka untuk memperkenalkan apa aktiviti menarik dan baru yang boleh dilakukan di negeri Perak.

Pakej ini nanti akan menjadi elemen untuk semua para pengusaha yang menjadi peserta ITB Perak menjalinkan kerjasama ketika menghasilkan pakej bermalam di negeri Perak untuk dipromosikan di aplikasi digital antarabangsa secara terus kepada pelancong untuk mengajak mereka datang ke Malaysia.

Pengerusi TPN, Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dan Presiden Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) Uzaidi Udanis berinteraksi dengan peserta ITB Perak di Ipoh pada hari kedua bengkel berkenaan.

Itulah intipati bengkel pelancongan ini yang mementingkan kerjasama dalam kalangan pengusaha dan pemain industri pelancongan untuk membantu sesama sendiri untuk mempromosikan pakej mereka kepada pelancong. Mereka perlu menaikkan nama sesama mereka mengikut pakej dan semua pakej akan ada kaitan sesama mereka menjadikan satu pengalaman lengkap ketika melawat negara ini.

Bengkel ITB digerakkan oleh platform Tourism Productivity Nexus (TPN) melalui Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bertujuan meningkatkan produktiviti sektor pelancongan.

#itbperak #tourismproductivitynexus #mpc #mita #traveling #ipoh #weilhotel #travelmalaysia #travelperak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *