September 27, 2023

Raja Permaisuri Agong Yang Sporting, Ada Akaun Twitter Yang Sempoi

2 min read
Sempena hari istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, elok juga dikongsikan tentang Raja Permaisuri Agong negara Malaysia Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandar ketika ini yang amat sempoi bukan sahaja dalam kalangan rakyat tapi di media sosial.

Sempena hari istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, elok juga dikongsikan tentang Raja Permaisuri Agong negara Malaysia Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandar ketika ini yang amat sempoi bukan sahaja dalam kalangan rakyat tapi di media sosial.

Baginda merupakan pengguna Twitter dengan akaun Twitter bernama @cheminahsayang yang begitu bersahaja seakan-akan seorang rakyat biasa yang mengunakan aplikasi media sosial itu.

Dalam tweet-tweet baginda, Tuanku Azizah tweet seperti orang biasa dan sesekali mengusik suaminya Al-Sultan Abdullah.

“Maaf, terdelete kerana tidak check terlebih dahulu sama ada gambar rasmi boleh dishara atau tidak, tak sabar nak jadi pengantin lagi agaknya, selamat pengantin baru,” menurut satu dari tweet Tuanku Azizah yang mengusik suaminya.

Ada tweet baginda yang menggunakan perkataan membawang ketika baginda berdua menghadiri satu majlis perbarisan rasmi melibatkan anggota bomba.

Baginda Tuanku pernah mengakui bahawa baginda sebenarnya mempunyai darah keturunan Cina, dan Tuanku Azizah boleh bertutur dalam dialek tertentu.

Menurut baginda, salasilah keluarganya berasal dari Guangdong, China.

“Saya orang Kantonis, saya tahu cakap sikit bahasa Kantonis dan Hokkien. Jika saya ke China untuk cari susur galur, mungkin saya dapat cari rumah nenek moyang, boleh jumpa keturunan generasi keempat, tidak kiralah sama ada Ong atau Wong,” katanya semasa wawancara dengan Sin Chew Daily.

Baginda mempunyai darah keturunan Guangdong (Canton) melalui Sultanah Fatimah atau nama asalnya Wong Ah Gew, isteri kepada Sultan Abu Bakar.

Pada 1885, Sultan Abu Bakar berkahwin dengan Sultanah Fatimah yang merupakan anak kepada keluarga saudagar yang kaya di Singapura.

Hari ini baginda berdua akan menjadi tumpuan rakyat dan dunia apabila berlangsungnya istiadat berkenaan di Istana Negara.

Hari kejadian bersejarah itu akan menandakan permulaan pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Ketua Utama Negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Rakyat Malaysia kali ini amat bertuah dinaungi oleh seorang Yang di-Pertuan Agong yang dekat di hati rakyat bersama Raja Permaisuri Agong yang begitu dekat di hati rakyat termasuk dalam media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *