Ini 9 Sebab Pakej “Jom Ronda Pulau Chekgu Murni” Lagi Best Dari Island Hoping Langkawi
7 min read
Kalau anda menyukai aktiviti bersiar-siar dari pulau ke pulau, bukan dekat Pulau Langkawi sahaja yang ada pakej ronda-ronda pulau yang menarik tapi dekat Johor pun ada. Saya dah ikuti pakej pusing-pusing pulau yang memang menarik dengan pantai yang bersih dan cantik di Mersing, Johor.
Saya ikut pakej Jom Ronda Pulau By Chekgu Murni. Nama dah comel kan, macam nama watak dalam filem Labu Labi tu yang disukai oleh Haji Bakhil, Chekgu Murni. Tapi beliau tak kedekut malahan amat baik dan peramah orangnya. Kalau mengikuti pakej ini, anda akan rasa puas hati sebab anda akan ronda 5 pulau, betul lima buah pulau!!
Saya boleh cakap pakej Chekgu Murni lebih menarik dari apa yang ada di Pulau Langkawi dan saya rasa harganya murah iaitu RM160 seorang untuk lima pulau.

Saya akan tuliskan kenapa pakej ini best dan apa yang anda akan dapat dengan RM160 anda bayar.
1. Pakej Yang Praktikal Kalau Anda Dari KL
Kalau anda dari Kuala Lumpur, pakej ini adalah pakej paling praktikal kerana anda boleh menaiki bas, check in tidur hotel dan kemudian pagi ikuti pakej ronda pulau dari pagi sampai ke petang, kemudian anda boleh menaiki bas semula ke Kuala Lumpur.
Kalau anda nak balik keesokannya pun boleh juga. Anda hanya perlu naik bas pada waktu malam dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) anda akan sampai ke pekan Mersing pada waktu tengah malam. Kalau saya masa saya follow trip ini, saya sampai di Mersing pada kira-kira pukul 3 pagi.
Dari terminal bas di Mersing ini, anda boleh jalan kaki ke arah jeti yang tidak sampai 2 kilometer pun dari lokasi bas berhenti.
Jika dengan Chekgu Murni, beliau boleh uruskan tempat menginap untuk anda tidur sementara menunggu waktu pagi jika anda sampai tengah malam.

Pagi esok selesai solat Subuh, anda boleh bersiap-siap menukar pakaian untuk ronda-ronda pulau dan check out dari bilik berkenaan. Jika anda mahu masa anda lebih selesa, anda boleh book bilik hotel selama dua malam dan lepas balik dari ronda pulau boleh tidur lagi semalam di hotel sebelum balik ke Kuala Lumpur.
2. Chekgu Murni Pentingkan Keselamatan Peserta Jom Ronda Pulau
Anda kena sampai ke kawasan jeti pada sekitar pukul 8.30 pagi dan boleh menikmati sarapan pagi yang sedap di gerai berdekatan. Order Nasi Lemak sotong dari satu daripada gerai di situ sebab memang sedap.
Pakai topeng snorkeling anda elok-elok sebab jangan membazir masa takut dengan air, nanti anda akan sendiri rugi.
Biasanya dari pukul 8.30 – 9.30 pagi anda kena lepak-lepak sekitar kawasan itu sebelum Chekgu Murni dan krunya akan panggil untuk memberikan taklimat keselamatan. Kepada anda, sila dengar taklimat dengan berhati-hati taklimat ini kerana ia amat berguna sepanjang trip ronda pulau.

Selepas itu, anda akan jalan kaki ke jeti untuk menaiki bot. Anda boleh rasa yakin dengan beliau kerana beliau tidak akan sumbat bot menjadi sesak dengan penumpang sebaliknya Chekgu Murni akan buat anda rasa selesa sepanjang trip itu nanti.
Bot yang digunakan amat bersih dan sentiasa nampak baru. Jaket keselamatan akan disusun rapi sebelum anda naik bot. Masa anda naik, anda akan rasa selamat bila melihat semuanya tersusun rapi sampai jaket pun nampak baru.



3. Pulau Sibu Kukus Dengan Pantainya Yang Jernih
Selesai semuanya, anda pun akan bermula menaiki bot laju yang tip top keadaannya untuk memulakan trip ronda pulau. Destinasi pertama ialah Pulau Sibu Kukus. Peserta akan sampai di pulau itu pada kira-kira pukul 10 atau 10.30 pagi. Diingatkan bawa sun block kerana pulau itu diberi nama Sibu Kukus bukan saja-saja.

Menurut Chekgu Murni, nama diberi disebabkan keadaan panas di pulau itu. Dekat Pulau Sibu Kukus, masa sampai anda akan mula teruja bila tengok air yang jernih dari atas bot. Dah tak sabar nak terjun dah biasanya. Dekat sini ada dua aktiviti, anda boleh hiking selama kira-kira 15 minit menaiki bukit yang di atasnya ada pemandangan laut yang memang cantik padu. Amat cantik, memang cantik dan sangat cantik.
Kalau anda tak larat nak hiking, anda boleh lepak di pantai sambil mandi-manda berendam dalam air laut yang jernih tu. Biasanya cuaca memang panas dan berbahang di pulau ini. Anda akan habiskan masa dekat Sibu Kukus kira-kira sejam jugaklah.

4. Pulau Tokong Rakit Ialah Pulau Seterusnya Destinasi Jom Ronda Pulau
Kita akan ke pulau seterusnya iaitu Pulau Tokong Rakit atau Pulau Tetek. Biarlah korang nak cakap apa, kalau nak tau kenapa panggil nama tu, nanti tengok gambar pulau tu sendiri.
Bila dah mendekati pulau ni, anda akan rasa macam anda dekat Gold Coast, Australia atau dekat New Zealand padahal dekat Mersing, Johor jer. Burung-burung spesis berhijrah atau burung camar memang banyak berterbangan di kedua-dua buah pulau yang menghasilkan rupa Pulau Tetek ini.
Pulau Tokong Rakit ialah pulau untuk bergambar dan jangan lepaskan peluang bergambar dekat sini, sebab airnya yang memang persis pantai-pantai terkenal dunia.
Bila bot berpusing mengelilingi pulau nanti, anda nikmatilah sepuas-puasnya pemandangan indah pulau yang satu ini, memang padu cantik dia.


5. Pulau Lima (Depan) Destinasi Snorkeling dan Makan Tengah Hari
Seelok-elok pukul 11.30 hingga pukul 12.30 tengah hari anda akan sampai ke Pulau Lima iaitu destinasi snorkeling pertama di trip Jom Ronda Pulau ini.
Di sini sebelum snorkeling anda akan dihidangkan dengan makan tengah hari dengan nasi dan lauk pauk yang sedap tapi kena pandai-pandai cari port nak duduk makan nasi di pulau ini.

Ada tip dia kalau dah sampai sini, berenang ikut arah yang pemandu bot dan kru Chekgu Murni bagitau kerana mereka akan bagitau tempat yang ada banyak coral dan batu karang yang cantik. Tengah berkayuh kaki snorkel-snorkel tu, memang anda akan terpukau dengan keindahan ciptaan Allah yang cantik.
Ikan berenang, hidupan laut yang warna-warni, serta batu karang yang macam bergelek meliuk-lentok bila terkena gelombang ombak laut. Pakai topeng snorkeling anda elok-elok sebab jangan membazir masa takut dengan air, nanti anda akan sendiri rugi.
Jangan takut sebab jaket keselamatan yang diberikan oleh Chekgu Murni amat selesa dan memang ketat dengan kemas. Anda akan berenang dan snorkel dengan selesa nanti. Apa-apa beritahu sahaja Chekgu Murni, beliau dan krunya akan tolong.
6. Pulau Lima (Belakang) Tarikan Adventure Gua
Sampai di lokasi ini, anda pun mesti akan teruja lagi sekali sebab kecantikan air lautnya dan anda akan berpeluang terjun ke dalam laut dan berenang melalui gua di dalam pulau ini yang memang mencabar.
Bila lagi hendak buat aktiviti menarik dan hebat seperti itu. Berenang beramai-ramai masuk ke dalam gua dan keluar memang satu benda yang memang jarang-jarang kita akan dapat buat, bila dapat buat betul-betul dan sungguh-sungguh.
Enjoy yourself here.


7. Pulau Mentigi Snorkeling Lagi
Kalau join trip Jom Ronda Pulau ini, anda akan dapat snorkeling dua kali. Ini untuk pakej ronda lima pulau lah sebab saya join yang ini. Sekali lagi, tip yang sama, ikut arah yang dikatakan oleh kru Chekgu Murni, baru korang akan puas snorkeling tu nanti.
Pulau Mentigi ada terumbu karang yang lebih cantik dari Pulau Lima. Tak banyak beza pun cuma di Mentigi ia lebih cantik. Anda kena gunakan sepenuhnya peluang dan masa untuk menikmati snorkeling di sini. Bila ramai-ramai snorkeling sekali pun anda akan rasa seronok.


Apa yang menariknya, peralatan snorkeling Chekgu Murni tip top dan mask dia memang nampak jelas dalam air. Cuma jauh ke dasar dan kita tak dapat nak capai jer coral yang cantik-cantik tu.
8. Pulau Tinggi Destinasi Terakhir di Shaz Resort
Saya salute dan puji Chekgu Murni kerana pulau ini adalah pulau yang timingnya amat tepat untuk anda sampai dan anda boleh bersihkan diri, bilas badan dengan air shower biasa dan menunaikan Solat Zohor dan Asar di sini. Tempatnya amat-amat selesa.
Di sini juga akan disediakan minum petang dan sesi makan-makan kedua selepas di Pulau Lima (Depan) tadi. Perut mesti dah lapar, makanan yang disediakan di Shaz Resort sedap pula tu, makan dan isi perut sebab nanti perjalanan balik dengan bot balik ke Mersing agak lama anda akan dihenjut-henjut dek gelombang laut.

9. Akhirnya Pulang Ke Jeti Mersing
Selepas penat seronok dan gembira meronda lima pulau yang cantik-cantik di perairan Mersing, anda nikmati lah perjalanan dengan bot balik ke Jeti Mersing. Bot laju Chekgu Murni memang best sebab mereka akan seolah-olah bersaing tapi jaga keselamatan dan ia adalah satu pemandangan yang memang anda takkan dapat di mana-mana lagi.
Air laut di Mersing yang amat cantik dan suasana dalam bot yang bersih. Pemandangan indah saujana mata memandang.
Dengan Chekgu Murni, biasanya kru akan bawa banyak bekalan air mineral sejuk, air kotak dan air tin. Pakej yang anda bayar semua masuk ada disediakan air sekali. Air sejuk-sejuk pula tu. Perlu diingat jangan buang sampah bekalan air anda di dalam laut atau pantai, memang pantang dosa besar masuk neraka nanti.
Team Chekgu Murni ada sediakan plastik besar dah untuk anda buang sampah. Sama-samalah kita jaga kebersihan perairan, pantai dan terumbu karang kita. Nak seronok sama-sama, jaga kebersihan biarlah sama-sama.
Sekali anda kena ambil pakej Jom Ronda Pulau Chekgu Murni ni kerana ia amat-amat berbaloi.


Tinjau page Facebook mereka “Jom Ronda Pulau By Chekgu Murni” dan anda boleh mesej mereka di sana untuk ambil tahu lebih lagi maklumat.