Pelajar ASWARA Teruja Presiden MTC Uzaidi Udanis Hadir Sokong Program Edu-Tourism Eat & Enjoy
2 min read
Pujian Presiden Majlis Pelancongan Malaysia Uzaidi Udanis kepada pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Rabu lepas disambut baik oleh warga kampus itu khususnya pelajar-pelajarnya dan kehadiran beliau sebagai tetamu ke institusi mereka amat dialu-alukan.
Program berkenaan akan diadakan pada setiap hari Rabu bermula pukul 5 hingga 7 petang setiap minggu di kafe berkenaan.
Dalam ucapan beliau yang juga Presiden Malaysia Inbound Tourism Association (MITA), Uzaidi berkata beliau amat berbangga melihat pelajar ASWARA yang masih muda kacak dan cantik tetapi amat menjiwai khazanah seni dan budaya seperti tarian dan muzik tradisional.
Uzaidi hadir di kampus ASWARA sempena program “Edu-Tourism Eat and Enjoy @ Aswara” yang diadakan di Kafe Bunga Raya.


Beliau menggesa penggiat industri pelancongan membantu untuk promosi elemen kebudayaan dalam pakej percutian dan dipromosikan ke pasaran antarabangsa.
“Saya amat gembira melihat suasana ini, di mana persembahan tarian dan ada muzik tradisional memaparkan kayanya budaya kita.
“Saya akan promosikan sungguh-sungguh program ini kepada syarikat ejen pelancongan dan bawa mereka datang dan menikmati persembahan pada program ini,” katanya.
Program berkenaan akan diadakan pada setiap hari Rabu bermula pukul 5 hingga 7 petang setiap minggu di kafe berkenaan.
Para pengunjung akan disajikan dengan persembahan tarian tradisional pelbagai budaya, persembahan nyanyian dan permainan alat muzik tradisional sepanjang dua jam program berkenaan diadakan.


Lebih menarik, ada hidangan pelbagai menu makanan Malaysia dihidangkan untuk pengunjung yang datang.
Untuk warganegara Malaysia, harga tiket untuk hadir ke program berkenaan ialah RM30, untuk bukan warganegara ialah RM40, manakala untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pelajar ASWARA dan kakitangannya ialah RM20.
Majlis dimulakan dengan tarian selamat datang versi Tamil iaitu satu persembahan yang diberi nama Jathiswaram Kanada.

Pada hari pengenalan program itu, turut dimainkan ialah Muzik Asli, Tarian Cina, Mengadap Rebab, Daling-Daling dan diakhiri dengan acara Joget Lambak.