Abu Naufal Travel Bawa Anda Kembara Bumi Aceh Jejak Tamadun Islam, Kesan Tsunami Dan Sejarah
4 min read

Selain melancong ke tempat-tempat terkenal di seluruh dunia, kalau anda meluangkan sikit wang ringgit untuk melancong ke lokasi yang dikenali dengan tamadun atau peradaban sesuatu bangsa, itu pun satu aktiviti yang menarik selain anda boleh mengenal budaya dan cara hidup budaya lain.
Satu tempat yang anda boleh fikirkan untuk pergi melancong ialah di Aceh, sebuah provinsi dalam negara Indonesia yang mempunyai kekuatan autonomi di Pulau Sumatera. Ia terletak di barat laut Sumatera dengan kawasan seluas 57,365.57 km persegi dan ia merangkumi 12.26 peratus pulau Sumatera.
Dalam pakej Kembara Bumi Aceh bersama Abu Naufal Travel, anda akan berada di bumi Aceh selama 4 hari 3 malam dengan harga yang amat berpatutan iaitu dari RM1199 dengan bagasi 10kg (pergi) dan 20kg (balik) serta dilindungi oleh insurans.
Aceh sahaja ada 119 buah pulau, 73 sungai yang besar dan dua buah tasik iaitu Tasik Laut Tawar di Takengon, Aceh Tengah dan Tasik Aneuk Laot di Kota Sabang.
Anda boleh melancong ke Aceh dengan menggunakan khidmat Abu Naufal Travel Sdn Shd. Saya sendiri sudah sampai ke Aceh ketika beberapa tahun selepas bencana tsunami yang melanda bertugas meninjau kawasan bencana pada ketika itu, dan Aceh ialah merupakan satu tempat yang anda mesti pergi.

Dalam pakej Kembara Bumi Aceh bersama Abu Naufal Travel, anda akan berada di bumi Aceh selama 4 hari 3 malam dengan harga yang amat berpatutan iaitu dari RM1199 dengan bagasi 10kg (pergi) dan 20kg (balik) serta dilindungi oleh insurans.
PAKEJ KEMBARA BUMI ACEH SELESA
Menurut jadual perjalanan dan jadual kembara ini anda akan menaiki pesawat yang berlepas pada pukul 10.10 pagi jika melihat pada cadangan jadual pada 16 Oktober nanti menaiki pesawat Air Asia dan makanan dalam penerbangan turut disediakan oleh pihak Abu Naufal Travel.
Anda akan sampai di Bandara Sultan Iskandar Muda pada kira-kira pukul 10.40 pagi dan selepas selesai urusan pada kira-kira pukul 11.20 pagi, Kembara Bumi Aceh pun bermula dengan lawatan ke kawasan perkuburan beramai-ramai Tsunami Siron. Di sana, difahamkan lebih 46 ribu jasad korban mangsa tsunami disemadikan di situ.


Dengan Abu Naufal Travel anda akan dapat check in ke hotel penginapan anda pada pukul 12.30 tengah hari anda tidak perlu menunggu sehingga pukul 3 petang untun daftar masuk bilik. Anda akan menikmati makan tengah hari selepas check in nanti.
Pada hari pertama, anda akan menziarah makam seorang wali Allah yang juga pernah menjadi Mufti Aceh Darussalam iaitu Makam Syekh Abdurrauf As-singkili serta kemudian melawat sebuah kapal yang tersangkut di atas rumah di Lampulo yang menyelamatkan 54 orang ketika tsunami pada bencana tahun 2004 itu.


Anda akan berpeluang bersolat di masjid yang amat terkenal di Aceh iaitu Masjid Raya Baiturrahman pada kira-kira pukul 6.30 petang dan kembali ke hotel sebelum anda berehat untuk hari pertama Kembara Bumi Aceh bersama Abu Naufal Travel.


HARI KEDUA LAWATAN MENJEJAK SEJARAH TAMADUN ISLAM ACEH
Hari kedua lawatan anda ke bumi Aceh akan berkisar kepada kembara menjejaki tanda-tanda tamadun Islam di sana. Seawal pukul 8.30 pagi lawatan akan bermula ke Muizum Aceh yang memaparkan sejarah Islam di Aceh, melawat Taman Putroe Phang iaitu satu bukti hubungan Aceh dan Malaysia.
Anda juga akan melawat Muizum Tsunami melihat dengan sendiri artifak yang ada serta akan didedahkan maklumat tentang bencana berkenaan.

Selain tamadun Islam, anda akan dibawa melawat kesan-kesan menakjubkan akibat tsunami apabila anda akan melawat sebuah kapal PLTD Agung iaitu sebuah kapal penjana elektrik seberat 2,600 tan yang hanyut ke tengah-tengah bandar ketika bencana ombak besar itu.
Anda akan menziarah satu lagi perkuburan beramai-ramai di Perkuburan Tsunami Ulee Lheuh di mana 14 ribu jasad mangsa tsunami disemadikan di sini. Rombongan akan dibawa melawat Masjid Baiturrahim yang merupakan antara satu masjid yang terselamat dari ombak besar tsunami yang membadai.

Semua akan berpeluang melawat pantai Ulhee Lheuh yang merupakan satu lokasi yang menerima kesan yang dahsyat akibat bencana berkenaan.
HARI KETIGA KEMBARA SEJARAH TAMADUN ACEH
Hari ketiga mengikut cadangan jadual Kembara Bumi Aceh, anda akan memulakan lawatan di Kompleks Makam Tengku Dibitay yang merupakan satu bukti sejarah hubungan Aceh dengan kerajaan Turki Usmaniah. Selepas itu, anda akan melawat sebuah kubah masjid yang hanyut ketika tsunami di Gampong Gurah Peukan Bada.



Anda akan melawat juga rumah seorang Serikandi Wanita Aceh iaitu Cut Nyak Dhien. Beliau ialah seorang Pahlawan Nasional Indonesia yang bersama-sama berjuang melawan Belanda semasa Perang Aceh. Dia dimakamkan pada 6 November 1908 di Gunung Puyuh, Sumedang.
Pada hari ketiga nanti anda akan berpeluang membeli-belah makanan tradisional Aceh di Lampisang. Anda akan melalui Kampung Rotan iaitu sebuah kampung yang masyarakat tempatannya membuat bermacam produk kraftangan dari rotan yang dikenali sebagai produk hasil hutan dari hutan Aceh yang terbaik di dunia. Ia dikatakan sudah dieksport ke Eropah dan Afrika.

Anda akan melawat pantai Lhoknga, dan melihat Masjid Rahmatullah Lampuuk yang juga terselamat dari tsunami sebelum anda membeli-belah lagi di Pasar Aceh.
HARI KEEMPAT HARI MEMBAWA PULANG CENDERAHATI DARI ACEH
Pada hari terakhir mengikut cadangan jadual perjalanan Kembara Bumi Aceh bulan depan anda akan dibawa melawat Pusako Souvinier untuk membeli cenderahati sebelum kembali ke hotel untuk mengemaskan barang untuk bersiap-siap untuk kembali ke Malaysia.
Penerbangan pulang anda dijadualkan menggunakan pesawat Air Asia pada pukul 3.50 petang dan makanan turut disediakan dalam penerbangan.
Artikel ini ditulis berdasarkan jadual perjalanan cadangan trip Kembara Bumi Aceh bersama Abu Naufal Travel dan ia tertakluk kepada pihak Abu Naufal Travel sendiri untuk melakukan sebarang perubahan.
Jadual kembara adalah lengkap meliputi semua aspek keunikan budaya di Nanggroë Aceh Darussalam dari tamadun Islam, sejarah, kesan dari tsunami, makan-makan dan aktiviti membeli-belah.
Ada juga segmen lawatan ke pantai-pantai yang indah di Aceh untuk anda menenangkan minda dan melihat keindahan alam semula jadi bumi Aceh di Indonesia.

Dengan harga bermula dari RM1199, amat berbaloi untuk anda melancong ke Aceh dengan Abu Naufal Travel Sdn Bhd.