September 24, 2023

Kuala Lumpur Dan Putrajaya Negeri Paling Dilawati Di Malaysia Tahun 2019

2 min read

Lapan negeri di Malaysia disenaraikan sebagai lapan negeri paling dilawati di Malaysia untuk tahun ini. Sementara itu, warganegara Singapura disenaraikan sebagai pelancong negara yang paling banyak berbelanja di negara ini untuk tahun ini dengan RM6.17 bilion sementara rakyat Arab Saudi menjadi pelancong dengan tempoh menginap di negara ini paling lama dengan tempoh 10.1 malam.

Kuala Lumpur dan Selangor paling dilawati di tempat pertama mengekalkan kedudukan pada tahun lepas. Johor di tempat kedua, dan Melaka di tempat ketiga juga di kedudukan sama tahun lepas.

Negeri Sabah di kedudukan keempat mengekalkan ranking tahun lepas. Negeri Pahang dan Sarawak bertukar kedudukan tahun lepas dengan Sarawak menurun satu anak tangga ke tangga keenam, dan Pahang naik ke tangga kelima berdasarkan kedudukan tahun lepas.

Negeri Pulau Pinang dan Kedah masing-masing menduduki tempat ketujuh dan kelapan melengkapkan senarai paling lapan negeri paling ramai dilawati pelancong pada tahun ini.

Bagi menyemarakkan lagi promosi dan kedatangan pelancong ke negeri-negeri lain di Malaysia, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) telah menubuhkan Biro Tahun Melawat Malaysia 2020 MTC dengan bekas Ketua Unit Pelancongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Noraza Yusof sebagai Pengerusinya.

Presiden MTC, Uzaidi Udanis berharap langkah itu dapat membantu menjayakan lagi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Beliau berkata Noraza akan bertanggungjawab menyelaraskan promosi serta kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 dalam kalangan ahli di bawah MTC dari negeri-negeri di seluruh negara untuk memastikan kempen membawa pelancong melawat negara ini berjaya dengan jayanya.

Bagi senarai pelancong negara paling banyak berbelanja ketika melawat Malaysia, negeri kedua selepas Singapura ialah China yang berbelanja RM3.71 bilion di tempat kedua diikuti Indonesia tempat ketiga dengan RM2.83 bilion, Thailand di tempat keempat berbelanja sebanyak RM 0.85 bilion dan dari Korea Selatan di tempat kelima.

Bagi tempoh purata menginap paling lama pula selepas Arab Saudi ialah Perancis di tempat kedua dengan menginap selama 8.9 malam, Jerman di tempat ketiga dengan 8.5 malam, United Kingdom di tempat keempat dengan dan Belanda di tempat kelima hanya 8.4 malam menginap di negara ini.

Bagi Uzaidi yang juga Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA) dan Pengerusi Tourism Productivity Nexus (TPN), kejayaan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 hanya boleh dicapai jika semua pihak bergandingan bahu bersama mempromosikan Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Dari pihak kerajaan sehingga ke pemain industri iaitu sektor swasta sendiri dalam sektor pelancongan harus bersama membantu antara satu sama lain untuk membawa pelancong ke Malaysia untuk memastikan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2020 berjaya dicapai iaitu menerima 30 juta kehadiran pelancong dengan pulangan pendapatan RM100 bilion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *