Puas Nikmati Yong Tau Foo Ikut Bajet Di Dunia Yong Tau Foo Jalanan Di Kangar
1 min read
Yong Tau Foo adalah sejenis makanan yang digelar mahal oleh segelintir orang. Ia kerana apabila memilih lauk untuk diletakkan dalam Yong Tau Foo, ambil-ambil kemudiannya harganya akan mencecah berpuluh ringgit.
Biasanya ia dijual di pasar malam dan gerai-gerai di tepi jalan di merata-rata di seluruh negara dan ia merupakan makanan kegemaran semua lapisan masyarakat di negara ini.
Di kedai Dunia Yong Tau Foo Jalanan di Kangar, Perlis isu mahal mungkin tidak akan berlaku.


Ini kerana, jika anda hendak menikmati Yong Tau Foo di sini, anda boleh makan mengikut bajet anda. Anda pesan Yong Tau Foo RM10, mereka akan pilih ikut bajet anda. Pilihan mereka merangkumi semua bahan yang mereka ada untuk sajikan bukannya hanya bahan tertentu sahaja.
Lokasinya tak jauh dari bandar Kangar dan ia memang berbaloi.
Kalau sebanyak ini pun RM10, bayangkanlah kalau lebih daripada itu, puas anda memakannya.


Selain Yong Tau Foo, ada juga disajikan hidangan goreng-goreng dan hidangan masakan barat.