June 3, 2023

Jangan harap hanya makan gaji, belia perlu rebut peluang berniaga, jadi usahawan

2 min read

Kalau dulu, jika ada orang yang buat dua tiga kerja termasuk berniaga selepas waktu bekerja mungkin ia dilakukan kerana terdesak tetapi pada zaman moden kini, jika perkara begitu dilakukan ia sebenarnya adalah satu perkara bijak dan bukan terdesak.

Ia adalah kerana pada masa kini, terlalu banyak peluang untuk orang ramai ambil dan menjalankan pelbagai usaha mencari rezeki yang lain khususnya berniaga.

“Jangan harap makan gaji, namun kerajaan kena bantu wujud peluang utk wujud bidang keusahawanan,”

Itu ketegasan yang dimaklumkan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Belia dan Sukan, Datuk M Noor Azman Taib.

Apa yang perlu, golongan belia harus pandai menggunakan ruang yang terbuka dalam dunia perniagaan untuk menjana pendapatan.

Ini kerana bidang keusahawanan tidak ada sempadan tahap gaji atau pendapatan.

“Kerana itu, kementerian menyediakan portal untuk belia melihat gabungan geran, fasiluti agensi disediakan untuk belia berkembang dalam bidang keusahawanan”, tegasnya.

Kementerian tidak pernah ada halangan untuk menyokong belia mendapatkan mana-mana geran dengan agensi di dalam kementerian lain.

“Kadang-kadang agensi itu dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, jadi kita boleh menyokong untuk membantu mereka mendapat kelulusan,” katanya.

Pihak kementerian sentiasa menyokong mana-mana pihak seperti Arissto ini di dalam membangunkan program keusahawanan belia.

M Noor Azman (memakai topi) merasa kopi yang dibuat dengan menggunakan mesin Arristo semasa perasmian program kerjasama keusahawanan di ibu pejabat Hub Arristo, pagi tadi.

“Seharusnya program keusahawanan seperti Arissto diperbanyakkan dan lebih ramai usahawan muda dapat dilahirkan,” tambahnya.

Beliau kemudian merasmikan program keusahawanan bersama Arissto di ibu pejabat Hub Arissto Putrajaya, pagi tadi.

Dalam majlis itu, persatuan belia dan institusi pengajian tinggi awam tempatan turut menandatangani kerjasama program usahawan bersama Arissto. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *