EKSKLUSIF : Roy Berdepan Cabaran Minggu Ke-3 GV6, Akan Menyanyi Lagu Gila Judi Gaya Rock Dan Dangdut?
2 min read
Penyanyi bersuara jantan, Roy yang bakal membawa lagu dangdut Gila Judi pada konsert minggu ke-3 program realiti Gegar Vaganza 6 (GV6) sedar cabaran besar yang bakal digalas kerana genre muzik lagu berkenaan amat berbeza dengan lagu-lagu yang biasa dinyanyikan oleh Roy sebelum ini.
Bagaimanapun, selepas persembahan yang baik dalam konsert minggu ke-2, Ahad lepas dengan menyanyikan lagu Jerat yang dipopularkan oleh Harvey Malaiholo Roy berasa beliau yakin dan akan membawa kelainan ketika menyanyikan lagu Glia Judi yang penyanyi asalnya ialah Datuk M Daud Kilau.


Bercakap kepada Sepatah Dua melalui, Roy berkata cabaran sebenar menyanyikan lagu irama Dangdut itu ialah Roy diminta oleh pihak produksi GV6 untuk menyanyikan lagu itu dengan gaya Rock bukan gaya irama asal.
“Untuk cabaran untuk lagu Gila Judi ni, abang kena nyanyi cara Rock bukannya cara Dangdut sebab diaorang (produksi) minta saya menyanyikan dalam feel Rock.
“Untuk lagu tu, abang akan cuba menggayakan nyanyian itu kepada Rock feel kepada Rock dan baju juga akan berpenampilan separuh Dangdut separuh Rock, lagu itu asas dia Dangdut, lite dangdut, dangdut ringan mungkin ada sikit showmanship ala-ala lah gelek-gelek tu macam Datuk Daud Kilau,” katanya kepada Sepatah Dua semalam.
Pada minggu pertama Roy menyanyikan lagu popularnya Ratnaku dan lagu minggu ke-2, lagu Jerat.
Rata-rata para peminat industri hiburan tanah air memang mengharapkan Roy akan menyertai pertandingan terbitan Astro itu sejak ia bermula dulu.
Kini, mereka teruja untuk melihat Roy untuk menyanyikan lagu-lagu yang berbeza mengikut genre kebiasaannya dan melihat ciri-ciri seorang penghibur dalam diri Roy.
Roy mendapat tempat di hati peminat di Malaysia kerana beliau sebelum ini popular kerana menyanyikan lagu-lagu patriotik.
Kalau dulu ketika zaman 90-an, lagu patriotik nyanyian Roy sering berkumandang di televisyen pada waktu petang dekat-dekat hendak masuk waktu solat fardhu Maghrib.

Pada minggu ke-2, penyanyi yang popular dengan lagu Tabah, Mazleela terkeluar daripada persaingan pentas GV6 selepas tiada lagu diberikan padanya dalam segmen Ada Lagu Ada Lagi.
Dalam GV6 kali ini, para peserta kini juga masing-masing sedang menyesuaikan diri dengan menggunakan ear monitor iaitu seperti alat pendengaran ear phone yang dipakai untuk mendengar suara mereka sendiri untuk tujuan kawalan vokal.

Pada zaman mereka, tidak ada digunakan teknologi seperti itu dan kini sesuai dengan arus kemodenan mereka menyesuaikan diri dengan penggunaan ear monitor itu.