June 3, 2023

Stay Di Sri Melawi Chalet Dan Anda Boleh Mandi Di Pantai Melawi Yang Landai Dan Cantik

2 min read

Tahukah anda? sepanjang jalan persisir pantai dari Bachok di Kelantan ke Kuala Terengganu anda akan lalu banyak kawasan pantai yang panjang dan cantik. Air laut di sana membiru dan memang menggamit anda untuk berhentikan kereta sejenak dan habiskan masa ambil-ambil gambar.

Ada orang pernah cakap, pantai di Kelantan kebanyakannya tak sesuai untuk mandi kerana tidak landai dan dalam serta berbahaya untuk aktiviti air. Tapi, ada satu pantai yang sesuai untuk mandi-manda dan pantainya amat panjang sampai berpuluh kilometer jauhnya saujana mata memandang.

Anda boleh hubungi Kak Mah di 010-919 8159 untuk booking di Sri Melawi Chalet.

Pantai berkenaan ialah Pantai Melawi di Bachok yang memang cantik, berangin dan sesuai untuk mandi-manda.

Untuk menikmati pantai di sini, anda kena habiskan masa satu malam dengan menginap di sini baru puas.

Kalau anda hendak menginap, di sepanjang laluan memang amat banyak pusat peranginan untuk anda menginap tapi ada satu yang boleh anda cuba iaitu Sri Melawi Chalet.

Bangunan utama Seri Melawi Chalet di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan.

Di sini, nama-nama bilik penginapan pun dah unik kerana pemiliknya Kak Mah, memberi nama bilik Datin kepada bilik-bilik yang ada. Jadi anda kalau menginap memang terasa macam Datin lah rasanya.

Penginapan di sini selesa dan anda tak payah berjalan jauh untuk ke gigi air Pantai Melawi dan tak perlu kena panas kerana dari chalet ke pantai amat teduh dek rimbunan pohon kelapa dengan daun nyiur yang melambai-lambai sepanjang anda berada di sana.

Jarak pantai dengan bilik penginapan dekat jer, ada masa tertentu anda boleh dengar bunyi ombak lagi memukul pantai Melawi ni.
Antara contoh bilik penginapan di Seri Melawi Chalet yang luas dan cantik.

Pemilik Seri Melawi Chalet ini merupakan peserta Inbound Tourism Bootcamp (ITB) Kelantan anjuran Tourism Productivity Nexus (TPN) di bawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Keadaan di sekitar Seri Melawi Chalet memang sunyi dan tenang jauh dari bunyi bising seperti pusat pelancongan lain di tepi pantai seperti di Pulau Langkawi atau Pulau Pinang yang riuh dek suara pelancong kerana keadaan tepi pantai yang sudah dimajukan menjadi bandar.

Menurut Kak Mah, keadaan Pantai Melawi yang landai memang sesuai kanak-kanak untuk mandi, bukan sahaja budak, bapak budak pun boleh mandi.

Jarak pantai yang jauh memudahkan anda nak cari lokasi best nak mandi di Pantai Melawi, anda juga boleh cari remis di sini.

Apabila waktu petang, bila anda sedang berkelah anda boleh menikmati roti ais krim dari abe-abe penjual ais krim yang memang akan datang dekat dengan anda dan promote ais krim mereka.

Anda boleh hubungi Kak Mah di 010-919 8159 untuk booking di Sri Melawi Chalet. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *