Portal Vacamania ada semua pakej pelancongan anda mesti tertarik dan unik untuk ditempah
3 min read
Jika anda hendak menempah pakej percutian sekarang ini sudah macam-macam cara untuk anda menikmati percutian yang lama dah anda inginkan. Bagaimanapun, kesemuanya boleh dibuat di dalam talian internet hanya di hujung jari anda.
Jika melalui portal yang kita sedia maklum, ada pelbagai platform seperti Trip Advisor, Trivago, Agoda dan Booking.com untuk anda menempah hotel serta pakej percutian tetapi ia kebanyakannya melibatkan hotel dan pakej percutian yang dikenali dan yang terkenal sahaja tidak menyeluruh khususnya untuk tarikan pelancongan yang ada di Malaysia.
Di Malaysia, negara ini penuh dengan tarikan pelancongan yang dicipta oleh rakyat Malaysia sendiri seperti pelancongan lasak, program Homestay, pelancongan berkaitan kampung dan budaya tetapi pakej seperti ini banyak dipromosikan di dalam portal-portal sebegitu.
Vacamania mensasarkan lebih banyak pengusaha pelancongan dan pemilik produk untuk mempromosikan produk mereka di portal pelancongan berkenaan
Kini ada revolusi baru untuk warganegara Malaysia serta pelancong luar menempah pakej percutian yang menyeluruh melalui satu portal yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia sendiri yang lebih mesra pengguna dan lebih mudah untuk diakses. Lebih menarik, ia turut menawarkan pakej bukan sahaja tempat tetapi juga anda boleh menempah pakej aktiviti.
Anda boleh menempah pakej percutian anda di portal Vacamania atau www.vacamania.com yang menawarkan ribuan pakej percutian di dalam Malaysia juga pakej untuk percutian di luar negara.
Pakej aktiviti seperti pakej untuk menikmati pengalaman di Taman Tamadun Kesenian Islam di Kuala Terengganu; pakej di i-City, Shah Alam; cabaran aktiviti lasak di Gopeng, Sarapan Santika di Hulu Langat serta ada juga pakej melihat burung-burung di Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Muhammad Hazwani Ahmad berkata portal Vacamania boleh menyediakan ribuan pakej percutian bersedia untuk ditempah orang ramai serta pelancong ke semua destinasi di 14 buah negeri di negara ini dan ia bermatlamat menawarkan produk pelancongan yang unik untuk ditawarkan.
“Kita ada pakej seperti di sebuah homestay di Negeri Sembilan yang menawarkan pakej aktiviti seperti menangkap ikan dengan tangan di dalam lumpur yang dipanggil ‘Mengcoca Ikan’ yang memang unik dan anda boleh tempah di Vacamania,” katanya.
Selain itu, Vacamania juga ada menawarkan pakej untuk melakukan sukan lasak air di Gopeng, Perak dengan pihak Radak Adventure untuk menikmati pengalaman pakej pelancongan melakukan Whitewater Rafting iaitu aktiviti sukan perahu getah menongkah arus deras di Sungai Kampar serta ada produk pelancongan unik berjalan di dalam hutan untuk melihat bunga Rafflesia di Gopeng.
Bagi pengusaha pelancongan di negara ini yang memiliki produk pelancongan yang unik dan menarik, anda digalakkan untuk berdaftar dengan Vacamania dan mempromosikan pakej anda di sini kerana untuk mempromosikan produk anda ia adalah percuma sahaja.
Jika mempromosikan di portal-portal terkenal lain, mereka akan mengambil sebahagian dari bayaran pakej sebanyak minima 10 hingga 20 peratus tetapi pihak Vacamania hanya mengambil bayaran proses hanya sebanyak 3 peratus sahaja. Bagi membolehkan pakej dipromosikan dan boleh ditempah di Vacamania ia percuma sahaja.

Orang ramai perlu mendaftar dengan mengikut cara yang mudah, pilih pakej anda, buat pembayaran dapatkan pengesahan dan kemudian anda boleh melancong selepas menempah pakej percutian anda dengan Vacamania.
Menurut Muhammad Hazwani, mereka bekerjasama rapat dengan Tourism Malaysia dan juga Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) dalam mempromosikan tempat, produk dan pakej percutian di negara ini.
Beliau berkata Vacamania mensasarkan lebih banyak pengusaha pelancongan dan pemilik produk untuk mempromosikan produk mereka di portal pelancongan berkenaan. – Sepatah Dua