May 30, 2023

Kalau baru hendak bermula buat Whitewater Rafting, anda mesti bermula di Gopeng bersama Radak Adventure

4 min read

Kalau anda meminati aktiviti pelancongan lasak dan ekstrem tetapi anda tak pernah melakukannya, di negara ini ada banyak tempat tumpuan untuk melakukan aktiviti sedemikian tetapi sesuai untuk orang seperti anda yang hanya mahu mencuba pengalaman baru pelancongan lasak ini.

Di Malaysia, antara aktiviti pelancongan lasak ialah, hiking, mendaki gunung, meneroka gua, berkayak, berakit dan aktiviti memanjat tali. Antara yang paling popular ialah hiking atau berjalan di dalam hutan dan kini semakin popular ialah aktiviti air.

Keadaan air Sungai Kampar yang jernih dan sejuk juga menjadikan aktiviti berakit lasak ini bertambah seronok kerana air sungainya amat menyegarkan.

Bagi mereka yang berminat dengan sukan berakit getah atau dipanggil whitewater rafting, negara ini adalah tempat yang paling sesuai untuk anda yang belum pernah mencuba dan cuba melakukannya serta ia akan membuatkan anda terus hendak melakukannya lagi dan lagi.

Anda boleh cuba untuk buat whitewater rafting ini di Gopeng, Perak bersama dengan syarikat Radak Adventure yang tempat mereka beroperasi betul-betul di tepi Sungai Kampar.

Lokasi Radak Adventure di tepi Sungai Kampar di Gopeng, Perak.
Selain aktiviti lasak, anda boleh juga merasai pengalaman berkhemah di tepi sungai, sambil mendengar bunyi deruan air jeram di luar khemah anda.

Aktiviti rafting ini adalah aktiviti utama yang dilakukan oleh Radak Adventure tetapi mereka ada juga aktiviti lain yang lebih mencabar. Di sini ada pengalaman meneroka Gua Tempurung yang merupakan gua terbesar di Semenanjung Malaysia ada tubing iaitu menghilir sungai menggunakan pelampung serta ada aktiviti berkayak.

Dengan Radak Adventure, keselamatan anda ketika melakukan aktiviti di bawah kendalian mereka terjamin ekoran mereka mengikut prosedur operasi tetap yang tinggi khususnya dari aspek keselamatan.

Mohd Hasrol atau biasa dipanggil Ryoq Radak (kiri) dengan petugasnya di tempat mereka beroperasi di Sungai Kampar, Gopeng, Perak.

Menurut pemilik Radak Adventure, Mohd Hasrol Kamis, riwayat Radak Adventure bermula pada tahun 2001 dengan nama asalnya iaitu Radak Adventure Team dan berpangkalan di Ipoh, Perak.

“Semasa permulaan untuk aktiviti yang kita tawarkan kepada pelanggan, pada masa itu aktiviti seperti mendaki gunung itu ialah perkhidmatan utama kami sebenarnya. Kemudian pada 2004, dua tiga orang dari Radak Adventure Team kami datang ke Gopeng, pada waktu itu di sini baru bermula fasa aktiviti whitewater rafting di sini.

Papan tanda Radak Adventure di depan kawasan lokasi mereka yang sesuai dijadikan tempat anda bergambar sebaik tiba di Radak Adventure.

“Pada masa itu, cuma ada 2 syarikat dan kami datang sebagai Freelance River Guide dan kami menjalani latihan di sini sehingga tahun 2005 ada yang meninggalkan pasukan kerana kerja di luar dan tinggal saya seorang,” katanya.

Beliau berkata pada 2007, keputusan dibuat untuk beliau bertapak di Gopeng dan pada masa itu aktiviti rafting ini amat mendapat tempat bukan sahaja dari orang tempatan malahan dari luar negara serta mendapat sokongan penuh dari kawan-kawan untuk memulakan aktiviti berkenaan.

Pada 2012, Mohd Hasrol bertekad untuk berhenti untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti berkaitan mendaki gunung dan memberikan fokus pada aktiviti whitewater rafting sahaja.

Sekarang ini, Radak Adventure ada menyediakan lapan aktiviti dengan whitewater rafting sebagai tarikan utama. Tarikan lain ialah seperti waterfall absailing, cave exploration di Gua Tempurung, river tubing, sunset hiking, berjalan mencari rama-rama Rajah Brooke dan juga kembara bunga Rafflesia yang semuanya bertempat di Gopeng, Perak.

Selama 3 jam, kami bersama kumpulan yang sama-sama menempah pakej menjelajah Gua Tempurung ketika kami sampai di Radak Adventure.

Bagi anda yang mencuba rafting di Gopeng, Sungai Kampar amat sesuai untuk permulaan kerana ia mempunyai cabaran jeram tahap 1 hingga 4 sahaja di mana tahap cabaran jeram paling ekstrem ialah tahap 5 dan 6.

Bersama dengan pasukan Radak Adventure, mereka memiliki jurupandu dan tenaga pengajar whitewater rafting yang amat berpengalaman serta ada seorang daripada mereka dari luar negara iaitu dari Perancis serta pernah menjuarai kejohanan whitewater rafting di luar negara mewakili negaranya.

Keadaan air Sungai Kampar yang jernih dan sejuk juga menjadikan aktiviti berakit lasak ini bertambah seronok kerana air sungainya amat menyegarkan.

Ini antara laluan yang akan dilalui jika mencuba aktiviti whitewater rafting bersama Radak Adventure. Laluan ialah sepajang kira-kira 3km dan anda akan berakit selama kira-kira 3 jam.

Guide terlatih dari Radak Adventure akan turut membawa anda melakukan aktiviti water confident dan juga ada lokasi sepanjang berakit anda boleh terjun ke dalam jeram dan mandi di sungai.

Pokok-pokok yang banyak di sepanjang sungai membuatkan keadaan sekitar Sungai Kampar teduh dan redup menjadikan aktiviti anda semakin menyeronokkan.

Selain whitewater rafting, anda harus merasai pengalaman menerokai Gua Tempurung yang amat unik bersama dengan Radak Adventure. Anda akan mengikuti pakej penjelajahan selama lebih 3 jam di dalam ruang tersembunyi dan gelap di dalam gua berkenaan yang amat luas, serta merasai pengalaman terpaksa merangkak di dalam sungai yang mengalir di dalam gua berkenaan.

Anda akan dapat melihat batu marmar yang masih belum lagi dibersihkan di dalam keadaan ia masih terpelihara dan tidak diusik di dalam gua berkenaan.

Kami bersama sekumpulan anak muda yang datang menghabiskan masa cuti mereka bersama Radak Adventure jauh dari Pulau Pinang.

Radak Adventure merupakan peserta program Inbound Tourism Bootcamp (ITB) Perak yang diadakan di Ipoh pada tahun lepas dan kini mereka sudah mendapat pengiktirafan di bawah Malaysia Tourism Excellence (MaTEx) #MaTEX oleh platform Tourism Productivity Nexus (TPN) di bawah Perbadanan Produktivtii Malaysia (MPC).

Jika anda menempah pakej bersama dengan Radak Adventure, anda akan bergerak di dalam kawasan Gopeng untuk rafting dan menjelajah gua menggunakan lori. Lori yang biasa anda guna untuk berpindah rumah tu. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *