October 3, 2023

Sidang Maya pertama di Malaysia TPN Tourism Virtual Summit berjaya tarik penyertaan 2,041 orang

2 min read

Sidang maya Tourism Productivity Nexus (TPN) Virtual Summit (TPNVits) yang diadakan semalam mencipta kejayaan sebagai sidang maya pertama yang diadakan di negara ini dan ia menerima kehadiran lebih 2,000 orang secara atas talian sekali ganda daripada sasaran yang ditetapkan.

TPN merupakan satu platform produktiviti di bawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) diwujudkan untuk membantu penggiat industri pelancongan untuk meningkatkan produktiviti sektor berkenaan.

Datuk Seri Nancy berkata, semua pihak perlu bersama-sama dalam apa juga platform dan berbincang dalam tempoh PKP mencari idea dan jalan untuk semua pihak yang terlibat dalam industri pelancongan untuk bangkit, kembali pulih serta menjalankan perniagaan seperti biasa.

TPNVits menerima penyertaan 2,041 orang sepanjang tempoh ia diadakan bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang semalam.

Ia diadakan cetusan idea dari Pengerusi TPN, Uzaidi Udanis. Beliau juga merupakan Presiden Majlis Pelancongan Malaysia dan Presiden Malaysia Inbound Tourism Association (MITA).

Pengerusi Tourism Productivity Nexus, Uzaidi Udanis

Menurut beliau, persidangan dalam kalangan pakar dan pemain industri pelancongan amat mendesak untuk diadakan tetapi sidang biasa tidak boleh diadakan kerana ia akan melibatkan perhimpunan dalam jumlah yang besar.

Program seumpama itu akan mengundang risiko wabak Covid-19 akan merebak dengan cepat tambahan pula Malaysia kini sedang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Oleh itu, Uzaidi memberikan idea untuk mengadakan satu sidang maya yang menghimpunkan para penggiat industri pelancong secara atas talian dan mengikuti pembentangan, temubual dan forum berkenaan bagaimana sektor itu boleh bangkit dari kesan besar yang berlaku akibat penularan wabak berbahaya itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Noor Zari Hamat menyampaikan ucaptama pada persidangan itu yang disampaikan melalui video menggunakan platform Vimeo.

Ucapan pembukaan disampaikan oleh Ketua Pengarah MPC Datuk Abdul Latif Abu Seman dan ucapan aluan disampaikan oleh Uzaidi.

Ketua Pengarah MPC Datuk Abd Latif Abu Seman
Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Dr Noor Zari Hamat

Pada pukul 5 petang, para pemain industri menyertai forum secara langsung melalui webinar bersama dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri bersama dengan Datuk Abdul Latif berbincang tentang bagaimana industri harus bangkit berdepan situasi krisis yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sesi webinar itu adalah antara sesi di bawah TPN Knowledge Enhancement Webinar Series (KEWS) yang dianjurkan oleh TPN dan diadakan hampir setiap minggu.

Pihak TPN hanya mensasarkan kira-kira 1,000 penyertaan tetapi lebih 2,000 yang menyertainya.

Datuk Seri Nancy berkata, semua pihak perlu bersama-sama dalam apa juga platform dan berbincang dalam tempoh PKP mencari idea dan jalan untuk semua pihak yang terlibat dalam industri pelancongan untuk bangkit, kembali pulih serta menjalankan perniagaan seperti biasa.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri di depan komputer riba apabila tampil pada sesi forum secara langsung melalui webinar.

Tema TPNVits ialah “Rise From The Ashes Of Covid-19”. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *