Industri pelancongan tidak boleh duduk diam, kini segera gerakkan T-VAC beri nasihat untuk usahawan bangkit
3 min read
Sektor pelancongan pada masa sekarang tidak mahu menunggu lama untuk pulih dan berusaha bangkit sebaliknya sudah mula mengorak langkah untuk segera pulih dengan mewujudkan klinik nasihat perniagaan maya yang akan memberikan nasihat secara terus kepada pemain industri pelancongan yang terjejas.
Pembentukan program TPN Virtual Advisory Clinics (T-VAC) diumumkan oleh Pengerusi Tourism Productivity Nexus (TPN) Uzaidi Udanis semasa muncul dalam TPN Live Chat semepna Perak Online Tourism Symposium (POTS) pada 12 April lepas.

Dalam sesi itu, turut bersama ialah Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang menaungi TPN, Datuk Abdul Latif Abu Seman membincangkan tentang titik perubahan cara industri pelancongan perlu berubah pada masa sama kembali bangkit dengan program T-VAC.
Uzaidi berkata para pemain industri pelancongan yang mengalami kesan yang teruk dalam perniagaan akibat penularan wabak koronavirus atau Covid-19 mesti mendaftar dengan T-VAC dan mereka akan mendapatkan khidmat nasihat secara satu dengan satu untuk memulihkan perniagaan mereka.
Sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sektor pelancongan lumpuh dari semua segi sama ada perhotelan,pengangkutan, produk pelancongan destinasi peranginan, makanan dan syarikat ejen pelancongan bukan sahaja ke dalam Malaysia tetapi keluar negara.
“Pakar-pakar aspek mustahak perniagaan akan memberikan nasihat secara percuma dari aspek rundingan kewangan, operasi perniagaan dan struktur organisasi untuk memberikan gambaran kepada pemain industri tentang apa yang perlu dilakukan untuk bangkit semula.
“Para usahawan tidak perlu bimbang kerana ia tidak melibatkan sebarang kos dan lebih penting nasihat dan rundingan akan diberikan secara satu dengan satu,” kata Uzaidi.
Sementara itu, Datuk Abdul Latif pula merasakan bahawa industri pelancongan merupakan sektor ekonomi yang paling menerima kesan besar akibat Covid-19 apabila negara dikenakan sekatan perjalanan, sekatan kemasukan para pelancong dan juga penutupan sempadan sehingga menyebabkan industri berkenaan hilang pendapatan kira-kira RM9 bilion pada bulan lepas.
“Situasi ini dijangka akan menjadi lebih teruk, pengusaha mikro, kecil dan sederhana (SME) pelancongan adalah mereka yang terjejas paling teruk dan para pelancong mungkin akan memulakan perjalanan dalam tempoh enam hingga 12 bulan selepas pandemik ini dikawal.
“Ada pengusaha yang tidak akan dapat bertahan selama itu, oleh itu kita sudah melihat pelbagai banyak insentif kini dirangka untuk para pengusaha SME untuk membantu mereka pulih,” katanya.
Pembentukan T-VAC juga bertujuan untuk membantu para pengusaha mengenalpasti bantuan yang ada serta cara untuk memohon insentif yang disediakan kerajaan khususnya dari segi kemudahan bantuan melibatkan kewangan supaya pemain industri berkenaan mampu bertahan.

Uzaidi berkata para pengusaha pelancongan boleh mendaftar dengan mudah secara online di SINI sebelum mereka boleh menerima nasihat dan rundingan dengan pakar-pakar yang akan membantu.
Sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sektor pelancongan lumpuh dari semua segi sama ada perhotelan,pengangkutan, produk pelancongan destinasi peranginan, makanan dan syarikat ejen pelancongan bukan sahaja ke dalam Malaysia tetapi keluar negara.
Jadi, menurut Uzaidi yang juga Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dan Presiden Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) pihak industri tidak boleh menunggu lama dan perlu bergerak sekarang untuk segera mencari ruang untuk kembali pulih bangkit dan beroperasi seperti sebelum ini.
Pendaftaran dibuka sehingga 19 April 2020, pukul 5 petang. – Sepatah Dua