Zoo di Jerman bersedia untuk terpaksa bunuh haiwan untuk diberi makan kepada haiwan lain
2 min read
Sebuah zoo di utara Jerman yang turut terjejas teruk dari segi bilangan pengunjung yang hadir kini terpaksa memikirkan cara lain untuk memberikan haiwan peliharaan mereka makan.
Menurut laporan agensi berita BBC semalam, pengurusan Zoo Neumünster terpaksa mengakui bahawa mereka akan terpaksa menggunakan haiwan lain sebagai makanan kepada haiwan lain di zoo itu ekoran kejatuhan pendapatan akibat perintah kawalan pergerakan atau Lockdown di sana.
“Kami sudah pun menyenaraikan haiwan mana yang akan disembelih dahulu,” kata Pengarah zoo berkenaan, Verena Kaspari.

Kaspari bagaimanapun memaklumkan bahawa langkah terpaksa membunuh sesetengah haiwan supaya haiwan lain boleh hidup amat berat untuk dilakukan tetapi ia akan dilakukan hanya sebagai langkah terakhir.
Bagaimanapun, jika ia dilaksanakan masalah kewangan yang dihadapi oleh zoo berkenaan tetap tidak dapat diselesaikan kerana ada haiwan memerlukan jumlah makanan yang banyak.
Anjing laut dan Penguin memerlukan jumlah makanan iaitu ikan segar yang banyak, katanya.
“Jika itu terpaksa dilakukan, kami akan lakukannya daripada terpaksa membiarkan mereka lapar,” menurutnya.
Zoo Neumünster dimiliki oleh satu persatuan dan ia tidak dilindungi dibawah dana darurat negara berkenaan.
Beliau menjangkakan kerugian pendapatan zoo berkenaan adalah kira-kira £152,400 Pound (RM159,197.42).
Dalam laporan agensi berita lain, zoo di Jerman kini bersama-sama memohon bantuan kerajaan berjumlah 100 juta Euro untuk berdepan dengan isu wabak Covid-19 ini.
Persatuan Zoo Kebangsaan Jerman (VdZ) berpendapatan, perniagaan tarikan pelancongan seperti zoo tidaak boleh memberhentikan perniagaan sementara atau memotong kos kerana haiwan masih perlu diberi makan setiap hari dan pengurusan perlu memastikan suhu unit pameran haiwan dari kawasan tropika perlu sentiasa kekal di atas 20 darjah celsius.
Sementara itu, di Zoo Berlin, yang memiliki dua ekor anak beruang Panda kembar memberi peluang kepada orang ramai melihat perkembangan anak Panda itu secara dalam talian.

Jurucakap zoo itu, Philine Hachmeister berkata kedua-dua anak Panda itu amat comel dan pihaknya perlu menyediakan satu platform untuk peminat kedua-duanya dapat melihat mereka membesar.
“Kami tidak mahu anak Panda itu dilihat sudah membesar apabila zoo itu dibuka semula nanti,” katanya.