October 3, 2023

Malaysia Virtual Experience Berjaya Bantu Jana Pendapatan RM800 – RM1200 Satu Sessi Satu Jam

2 min read

Program Malaysia Virtual Experience (MyVXp) yang digerakkan oleh platform Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) yang disokong penuh oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah mencapai kejayaan apabila meraih pendapatan antara RM800 hingga RM1200 untuk setiap sesi pertunjukan atas talian kira-kira satu jam.

Inisiatif MyVXp ialah satu usaha alternatif untuk memeriahkan industri pelancongan, menjana sumber pendapatan dan meningkatkan produktiviti industri berkenaan dalam situasi norma baharu.

Sebanyak lebih daripada 10 sesi telah diadakan dengan menampilkan hos yang berbeza iaitu Santai Bersama Fredo Flybaits, The Untold Beauty of Semporna, Santika Musical Sing-Ang-Klong, Back to Nature with Min House Camp, Oil Painting with Aishah dan Negeri Sembilan : Where Women Rule The Clan.

“MyVXp merupakan satu bahagian penting dalam melengkapkan dalam melengkapkan formula TPN 5R ini dan melalui program perintis, model ini telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan,” kata Uzaidi.

Antara sesi MyVXp yang mendapat sambutan hangat iaitu bersama Fredo penyanyi kumpulan Flybaits yang popular dengan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta.
Sesi MyVXp berama dengan Min House Camp yang terletak di Kubang Kerian, Kelantan.

Dalam satu kenyataan, MPC menyatakan program perintis MyVXp telah berjaya mencapai lebih daripada 90 peratus untuk tahap kepuasan pelanggan berdasarkan maklumbalas ke atas persembahan dan penyampaikan pengalaman secara maya yang telah dijalankan.

Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata MPC memberi sokongan penuh kepada model MyVXp di mana teknologi digunakan secara maksima sebagai pemangkin produktiviti.

“Model ini adalah satu peralihan ke arah jangkauan yang lebih luas melalui platform digital dalam menjalankan program latihan, strategi pemasaran dan penyampaian keseluruhan program itu sendiri,” kata beliau.

BACA JUGA – Santika Hulu Langat Perintis Gaya Baharu Pelancongan Dengan Malaysia Virtual Experience (MYVXP)

Sementara itu, Pengerusi atau Champion TPN Uzaidi Udanis berkata, MyVXp adalah model yang dikembangkan oleh TPN berdasarkan pendekatan 5R untuk membangunkan semula industri pelancongan iaitu Reinvent Product, Research Target Market, Remodel Marketing and Promotion, Ride on Technology dan Recalibrate the Industry.

“TPN 5R difomulasikan untuk menghadapi impak wabak Covid-19 yang telah memberi kesan yang mendalam terhadap industri pelacongan.

“MyVXp merupakan satu bahagian penting dalam melengkapkan dalam melengkapkan formula TPN 5R ini dan melalui program perintis, model ini telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan,” katanya.

Beliau mengajak orang ramai untuk membayangkan jika seorang hos MyVXp mengadalah 10 sesi perkongsian pengalaman maya dalam masa sebulan dengan harga RM30 untuk setiap tiket. Ini akan menjana pendapatan kira-kira RM9,000 untuk hos berkenaan.

Ketika ini, pihak TPN sedang bekerjasama dengan MPC untuk menghasilkan 1,000 prototaip pengalaman maya melalui MyVXp 2.0.

Sekarang, TPN sedang mengenalpasti calon untuk program MyVXp siri seterusnya dan ketika ini permohonan sudah pun dibuka.

Para peserta akan menjalani latihan bersama pakar perkongsian online dan jurulatih tertentu selama 10 jam untuk memastikan mereka bersedia dan mempunyai komitmen yang tinggi menjayakan sesi sebenar apabila mereka menjayakan persembahan nanti. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *