October 3, 2023

Sesi MyVXp Dengan Pelukis, Aishah Berjaya Ajar Ilmu Untuk Hasilkan Lukisan Minyak Hanya Dalam Satu Jam Setengah

3 min read

Elemen paling sukar yang berjaya dicapai oleh Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) dalam program Malaysia Virtual Experience (MyVXp) ialah pembelajaran kemahiran yang khusus yang dapat diterapkan kepada penonton hanya dalam tempoh kita-kira satu jam setengah perkongsian secara atas talian.

Perkara itu berjaya dicapai dalam sesi perkongsian MyVXp dengan artis lukisan minyak Nor Aishah Ali pada 6 Jun lepas apabila kebanyakan penonton yang hadir untuk sesi berkenaan dapat mempelajari untuk melukis dengan menggunakan warna berasaskan minyak dengan baik walaupun pertama kali melukis.

Seorang Penulis Blog Pengembaraan Irwan Dahnil mengakui perkara itu ketika memberikan pendapatnya selepas selesai sesi satu jam Nor Aishah yang dikenali sebagai “Live Art Stream “Oil Painting” with Professional Artist Aishah”.

Ada sesi MyVXp sebelum ini sudah berjaya meraih pendapatan antara RM800 sehingga RM1,200 untuk hos berkenaan.

Pelukis Profesional, Nor Aishah Ali menunjukkan jenis-jenis warna dan cara-cara untuk membuat lukisan minyak atau “Oil Painting” secara atas talian melalui program Malaysia Virtual Experience pada 6 Jun lepas.
Nor Aishah menunjukkan dengan begitu terperinci cara untuk menghasilkan lukisan minyak dalam sesi MyVXp berkenaan.

“MyVXp telah terbukti berjaya memindahkan kemahiran yang agak khusus secara atas talian yang mana ia amat sukar dilakukan.

“Biasanya orang akan hanya melihat dan menikmati apa yang dipersembahkan tetapi apa yang Aishah lakukan iaitu mengajar orang melukis adalah satu yang istimewa dan orang ramai berjaya melakukannya walaupun ada yang pertama kali melukis,” katanya.

Nor Aishah adalah seorang artis profesional yang pakar dalam menghasilkan lukisan berasaskan minyak dan turut mengasaskan Galeri Isyah Art.

BACA JUGA – Sidang Maya Pertama Di Malaysia TPN Tourism Virtual Summit Berjaya Tarik Penyertaan 2,041 Orang

Beliau pernah bekerja dalam bidang kejuruteraan di Qatar tetapi pada Disember 2016 beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan meneruskan kerjayanya dalam minatnya iaitu lukisan.

Dalam sesi sepanjang kira-kira satu jam itu, Nor Aishah mengajar setiap aspek lukisan minyak dari segi peralatan yang diperlukan, warna yang diperlukan serta asas-asas kemahiran serta membuat demonstrasi dengan terperinci termasuk menggunakan dua telefon bimbit untuk memperlihatkan dengan jelas cara-cara lukisan minyak dihasilkan.

Para penonton diajar cara membuat lukisan minyak untuk menghasilkan gambar pantai yang diambil dari pemandangan satu daripada pantai di pulau peranginan yang terkenal di Malaysia iaitu di Terengganu.

Pada sesi berkenaan, turut menyertainya ialah Pengerusi TPN, Uzaidi Udanis dan juga Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dan bekas Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab.

Sesi MyVXp bersama Nor Aishah bersama para penonton yang berjaya melukis mengikut cara yang diajar hanya secara atas talian selama kira-kira satu jam setengah sahaja.
TERBUKTI… Selepas satu jam setengah, kebanyakan penonton berjaya melukis dengan baik hasil seni mereka mengikut gambar yang diajar oleh Nor Aishah.

Nor Aishah turut membuka kelas mengajar melukis lukisan minyak untuk semua peringkat umur tidak kira dewasa ataupun kanak-kanak.

Program MyVXp digerakkan oleh TPN dengan sokongan dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk memberi suasana baru dalam normal baharu untuk berkongsi pengalaman unik atau perkara berbeza secara atas talian kerana perhimpunan fizikal sudah tidak boleh dilakukan kerana penularan wabak COVID-19.

Ia bagi membolehkan pengalaman seperti melancong atau melakukan perkara menarik dikongsi secara interaktif dan eksklusif dengan bayaran tertentu supaya orang ramai boleh merasa sendiri secara langsung dengan hos atau mereka yang memiliki pengalaman istimew berkenaan.

Kini, pihak TPN sudah pun membuka pintu untuk permohonan baru mencari hos MyVXp iaitu mereka yang mempunyai idea, produk atau destinasi pelancongan yang berbeza untuk berkongsi secara atas talian seterusnya dapat mencari rezeki ketika negara masih belum pulih sepenuhnya dari COVID-19.

Ada sesi MyVXp sebelum ini sudah berjaya meraih pendapatan antara RM800 sehingga RM1,200 untuk hos berkenaan.

Sebanyak lebih daripada 10 sesi telah diadakan dengan menampilkan hos yang berbeza iaitu Santai Bersama Fredo Flybaits, The Untold Beauty of Semporna, Santika Musical Sing-Ang-Klong, Back to Nature with Min House Camp, Oil Painting with Aishah dan Negeri Sembilan : Where Women Rule The Clan. – Sepatah Dua Media

1 thought on “Sesi MyVXp Dengan Pelukis, Aishah Berjaya Ajar Ilmu Untuk Hasilkan Lukisan Minyak Hanya Dalam Satu Jam Setengah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *