Anda Hendak Jadi Social Media Tourism Influencer Yang Macam Mana? Persidangan Ini Boleh Jawab Persoalan Itu
3 min read
Berbaloi ke atau bermanfaat ke kalau jadi Social Media Influencer tapi orang ramai tak terpengaruh??
Apakah tujuan utama untuk menjadi personaliti dalam media sosial dalam kalangan masyarakat atau komuniti?
Jawapan-jawapan kepada pertanyaan ini yang akan dikupas secara menyeluruh sepanjang sehari Persidangan Media Sosial Pelancongan yang diadakan di Hotel Shangri-La di ibu negara.
Persidangan ini diadakan bermula pukul 8.45 pagi dan dijadualkan berakhir pada pukul 5.30 petang.
Sesi forum menampilkan tiga personaliti hiburan yang kini menjadi penggiat media sosial terkenal turut diadakan bagi berkongsi idea dan memberikan pandangan mereka bagaimana untuk menjadi seorang penggiat media sosial yang baik dan berkesan.
Selain, menjawab pertanyaan berkenaan bagaimana penggiat media sosial pelancongan berdepan cabaran zaman teknologi lebih canggih juga akan dibincang bersama sesama peserta persidangan ini.
Cabaran tentang pandemik wabak COVID-19 yang kini melanda dunia jugaa menjadi antara isu utama yang perlu diperhalusi bagaimana penggiat media sosial ini boleh membantu para pemain industri pelancongan kembali pulih dan kembali menerima kehadiran pelancong untuk mendapatkan produk mereka.
BACA JUGA – Evolusi Pelancongan Kembaraan (Adventure Tourism)
Persidangan ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Dr Jeffrey G Kitingan.
Persidangan Media Sosial Pelancongan ini dianjurkan oleh platform Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) dengan kerjasama majalah Santai Travel dengan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC).


Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Dr Jeffrey berkata kini muncul pelbagai platform media sosial yang menuntut kreativiti untuk menghasilkan kandungan yang unik dan ia boleh digunakan sebagai elemen promosi untuk mengajak lebih ramai kehadiran pelancong.
Platform seperti Tik Tok dan Bigo boleh menjadi alternatif kepada Facebook, Instagram dan Twitter yang kini sudah menjadi ibarat arus perdana dalam media sosial kerana kebanyakan orang menggunakannya seharian.


Presiden MTC, Uzaidi Udanis berkata kesan penting sebagai penggiat media sosial atau Social Media Influencer berkaitan pelancongan ialah apabila pengikut para penggiat ini dipengaruhi dan kemudian menempah pakej atau produk pelancongan berkenaan sekaligus membawa rezeki kepada pemain industri pelancongan.
Menurut beliau, itu penting kerana ia adalah satu pulangan pelabura kepada pemain industri.
“Bagaimana seseorang pemain industri pelancongan bersedia membelanjakan ratusan atau ribuan ringgit untuk memilih seorang penggiat media sosial untuk mempromosi produk mereka pastinya untuk mendapatkan orang ramai untuk datang dan menempah produk mereka.
“Di sinilah peranan penggiat media sosial itu amat penting untuk membantu memulihkan kembali industri pelancongan ke tahap yang lebih baik kerana kini industri ini sedang dalam ruang masa untuk pulih kembali selepas terjejas dek pandemik COVID-19,” katanya ketika berucap pada persidangan itu hari ini.
Sesi forum menampilkan tiga personaliti hiburan yang kini menjadi penggiat media sosial terkenal turut diadakan bagi berkongsi idea dan memberikan pandangan mereka bagaimana untuk menjadi seorang penggiat media sosial yang baik dan berkesan.

Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim, Pelakon, Penyanyi, Model dan Aktivitis Alam Sekitar Maya Karin, Personaliti TV dan bekas Penyampai HotFM, Fara Fauzana.
Kira-kira 100 orang peserta hadir pada persidangan hari ini. – Sepatah Dua