Lelaki Terjun Dari Hotel Bunuh Diri Ketika Jalani Kuarantin Wajib Di Thailand
1 min read
Seorang lelaki memakai pelitup hidung dan mulut berjalan di bandaraya Bangkok, Thailand.
Macam-macam hal yang berlaku akibat pandemik COVID-19 di seluruh dunia.
Seorang lelaki yang sedang menjalani kuarantin wajib di negaranya, Thailand selepas kembali dari negara Israel ditemui dah tak bernyawa dipercayai membunuh diri dengan terjun keluar dari bilik hotel di wilayah Chon Buri.
Hotel berkenaan merupakan salah satu daripada 42 hotel yang disenaraikan sebagai Lokasi Alternatif Kuarantin (ASQ).
BACA JUGA – Nasi Dagang Din Cerita Sukses ITB Terengganu
Jurucakap Kementerian Pertahanan negara Thailand, Mejar Jeneral Kongcheep Tantrawanich berkata, lelaki berusia 39 tahun itu berasal dari wilayah Buriram di timur laut Thailand kembali ke negara Gajah Putih itu pada Selasa dan terus masuk ke hotel berkenaan pada hari yang sama.
“Lelaki itu mati akibat kecederaan parah selepas dia melompat keluar dari biliknya pada kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan) semalam,” katanya dalam satu kenyataan.
Thailand merekodkan hanya satu kes positif COVID-19 iaitu seorang lelaki India berumur 35 tahun di berada di hotel lain untuk program ASQ di Bangkok dan tidak ada kematian dalam masa 24 jam lepas.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand (CCSA) dalam satu kenyataan pula berkata lelaki India itu tiba di Thailand pada 8 Ogos lepas dan disahkan positif dalam ujian kedua.
“Sejak 3 April lepas seramai 87,200 orang dalam kalangan warga asing dan tempatan masuk ke Thailand dan menjalani perintah kuarantin wajib.
“Seramai 467 orang disahkan positif COVID-19,” menurut kenyataan berkenaan. – Sepatah Dua