Pembunuh Umat Islam Di New Zealand Tidak Layak Terima Simpati Daripada Keluarga Mangsa, Kata Hakim
2 min read
Sebuah mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol ke atas penembak yang membunuh 51 orang Islam yang sedang berada di masjid di negara itu.
Hukuman itu tidak pernah dijatuhkan kepada sesiapa dan Brenton Tarrant, 29 tahun adalah yang orang pertama menerimanya.
“Kamu tidak layak menerima apa-apa perasaan simpati daripada mangsa kamu,” kata hakim ketika menjatuhkan hukuman.
Dia mengaku ke atas 51 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan percubaan membunuh dan satu pertuduhan melakukan keganasan dalam satu kejadian kejam pada tahun lepas di dua buah masjid di Christchurch.
Lebih kejam apabila dia melakukan pembunuhan itu sambil bersiaran langsung di laman media sosial Facebook.
Hakim Mahkamah Tinggi di negara itu, Cameron Mander berkata tempoh hukuman berkenaan walaupun dipenjara untuk selamanya tidak akan setimpal dengan apa yang dia lakukan.
“Jenayah kamu, adalah sangat kejam sehinggakan jika kamu dipenjara sampai kamu mati pun ia tidak akan setimpal dengan perbuatan itu
“Kamu tidak layak menerima apa-apa perasaan simpati daripada mangsa kamu,” kata hakim ketika menjatuhkan hukuman.
BACA JUGA – Youtuber Indonesia Menangis Cemburu Dengan Kejayaan Malaysia
Tarrant yang berpakaian baju penjara berwarna kelabu dan dikawal ketat tidak memberikan sebarang reaksi ke atas hukuman itu.
Menurut kata pasukan pendakwaan di mahkamah, si pelaku mahu membuatkan mangsanya dan orang Islam lain yang dia gelarkan sebagai pendatang takut menyebabkan dia merancang perbuatan itu dengan teliti sehingga akan menyebabkan kekejaman maksimum.
Dia juga tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap hukuman itu.
Sebelum kejadian ini, seorang pembunuh William Bell adalah orang yang paling lama dihukum penjara dengan tempoh 30 tahun tanpa parol dek jenayah yang dilakukannya pada 2001. – Sepatah Dua