Bagaimana Agaknya Suasananya Nanti Ketika Dunia Diumumkan Bebas COVID-19?
2 min read
Pada 15 Ogos yang lepas, negara Russia mengumumkan bahawa mereka sudah pun mengeluarkan kumpulan pertama vaksin untuk wabak COVID-19 yang disebabkan oleh virus korona.
Presidennya Vladimir Putin memaklumkan bahawa ia adalah vaksin pertama di dunia yang sudah pun diluluskan.
Vaksin Russia dicipta oleh Institut Penyelidikan Gamaleya.
BACA JUGA – Kita Harus Sesuaikan Diri Hidup Hidup Dengan COVID-19 Seperti Kita Hidup Dengan Demam Denggi – Dr Jemilah
Jepun pula kini sedang merancang kemungkinan untuk memberikan suntikan percuma vaksin COVID-19 kepada rakyatnya menggunakan vaksin keluaran AstraZeneca dengan kerjasama beUniversiti Oxford.
Dengan macam-macam berita di sana sini tentang penghasilan vaksin, nampaknya ada harapan untuk dunia kembali pulih dari pandemik ini seterusnya boleh kembali dengan kehidupan normal seperti sebelum adanya penyakit maut ini.
Spanish Flu menyebabkan kira-kira 500 juta penduduk di seluruh dunia menjadi mangsa dan satu perlima daripada mereka maut.
Tak dapat dibayangkan bagaimana sambutan di seluruh dunia pada saatnya mungkin diumumkan bahawa dunia sudah bebas COVID-19.
COVID-19 adalah penyakit jangkitan pernafasan yang dikatakan berasal dari sebuah pasar menjual makanan eksotik di Wuhan, China pada akhir tahun 2019 dan kini seluruh dunia terjejas akibat wabak berkenaan.
Sejak itu, manusia di hampir semua negara hidup dengan cara baharu dengan persekitaran baharu untuk mengelakkan jangkitan terus merebak.
Hendak membeli-belah kena beratur, hendak ke tempat yang ramai orang kena pakai pelitup hidung dan mulut, hendak sentuh apa-apa kena cuci tangan dengan cecair pembasmi kuman, hendak masuk ke dalam bank berurusan kena beratur dengan jarak satu meter di antara satu sama lain dan hendak solat di masjid, kini dengan norma baharu.
Kalau ada pun nanti vaksin berkenaan, ia mungkin boleh mula digunakan pada tahun depan dan bagaimana kerajaan Malaysia akan mendapatkannya dan menguruskannya masih belum diketahui lagi.
Jadi, ia masih lagi akan memakan masa yang lama berbulan-bulan sebelum seseorang boleh disuntik dengan vaksin berkenaan dan jika mereka sudah dijangkiti adakah mereka akan benar-benar sembuh. Peristiwa itu sudah pasti akan menjadi sejarah dunia.
Bagi kebanyakan penduduk dunia, pengalaman hidup ketika tempoh pandemik adalah yang kali pertama kerana wabak pandemik yang terakhir berlaku pada 1918 hingga 1920 memakan masa dua tahun iaitu wabak Spanish Flu.
Spanish Flu menyebabkan kira-kira 500 juta penduduk di seluruh dunia menjadi mangsa dan satu perlima daripada mereka maut.
Pada masa itu wabak berkenaan merebak dalam kalangan tentera yang berada dalam peperangan dan tidak menjaga kebersihan diri kerana ketika itu dunia sedang dalam Perang Dunia Pertama.
Kini, dengan kemudahan dan teknologi yang canggih, pelbagai langkah boleh diambil untuk mencegah jangkitan dan kita bersyukur kadar jangkitan di dalam negara masih lagi rendah hasil daripada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) serta kecekapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengawal pandemik berkenaan.
Entah bagaimana nanti keadaannya, jika dunia sudah diumumkan bebas dari COVID-19. Pasti seluruh dunia akan berpesta besar-besaran menyambut kebebasan itu. – Sepatah Dua