September 28, 2023

Cadangan Caj 0.02 Peratus Untuk Pembelian Online, Anda Macam Mana?

2 min read

Ini berita semalam dipetik dari portal Berita Harian Online.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dilaporkan buat cadangan untuk kenakan caj perkhidmatan ke atas pembelian atas talian termasuk pembelian melalui platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan sebagainya.

Beliau membuat cadangan berkenaan di Bachok, Kelantan ketika sidang media selepas merasmikan Program Komuniti@Merdeka di Pengkalan Petah.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) juga tak setuju dengan cadangan berkenaan.

Katanya, caj bayaran itu akan dikenakan serendah 20 sen bagi pembelian RM1,000 ke bawah. Kini, pembelian minimum bagi membolehkan caj perkhidmatan itu dikenakan belum ditetapkan lagi.

“Ini masih dalam perancangan kementerian sebelum dibentangkan dan pendekatan ini adalah antara jalan mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat.

“Caj perkhidmatan yang dikutip itu akan digunakan untuk penambahbaikan sistem keselamatan komunikasi bagi mengelak pencerobohan siber.

BACA JUGA – Laporan Khas : Perbadanan Produktiviti Malaysia Frontliners Produktiviti Negara

“Ini bukan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana banyak pembelian dalam talian tidak membayar cukai, sekali gus menyebabkan kerugian dan ketirisan hasil kerajaan.

“Bagi mengenakan cukai agak rumit dan perlu diluluskan Parlimen, menyebabkan kita perlu memperkenalkan caj perkhidmatan ini,” katanya.

Bagi netizen dan pembeli atas talian, mereka nyata tak setuju dengan cadangan ini. Ada juga bantahan datang dari Menteri sendiri ialah Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Katanya dalam laporan Sinar Harian Online, kerajaan tidak pernah membuat apa-apa keputusan untuk mengenakan caj itu.

Beliau beri jaminan, sekiranya cadangan itu dibawa ke peringkat Kabinet, beliau akan pasti membantahnya.

“Bayaran perkhidmatan untuk urus niaga dalam talian? Tidak kira berapa (kadarnya), kerajaan tak pernah buat keputusan begini.

“Jika dibawa Kabinet, saya pasti akan bantah!” ciap Annuar di akaun Twitternya.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) juga tak setuju dengan cadangan berkenaan.

Presiden FOMCA, Datuk Dr N Marimuthu berkata cadangan itu tidak patut dilaksanakan walaupun cadangan caj yang dikenakan adalah rendah iaitu sebanyak 0.02 peratus.

“Walaupun caj mungkin dikenakan serendah 20 sen bagi pembelian RM1,000 ke bawah tetapi ia juga akhirnya akan membebankan pengguna.

“Mengapa perlu ambil kesempatan untuk kenakan caj pembelian online ini sedangkan banyak lagi alternatif lain yang boleh digunakan kerajaan untuk mencari sumber kewangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Anda pula bagaimana? Setuju tak? – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *