September 24, 2023

Umrah : Tunggu Kerajaan Dapatkan Maklumat Rasmi Dari Arab Saudi

2 min read

Pasti ramai rakyat negara ini berkira-kira dan sentiasa menanti bila agaknya boleh pergi dan mengerjakan umrah di Makkah lagi kan??

Kerajaan Malaysia akan mendapatkan maklumat rasmi dan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi sebelum membuat sebarang keputusan membenarkan semula umat Islam dari negara ini mengerjakan ibadah umrah.

Kerajaan Arab Saudi kini membenarkan jemaah luar negara kembali mengerjakan ibadah itu bermula 1 November ini.

Zulkifli berkata, keputusan kebenaran menunaikan umrah itu bergantung kepada maklum balas daripada kerajaan Arab Saudi dan selepas itu barulah pengumuman dibuat kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, berkata beliau akan mendapatkan maklum balas terlebih dahulu berhubung perkara itu sebelum membuat ketetapan sama ada boleh memberi kebenaran kepada umat Islam di negara ini menunaikan ibadah umrah.

Menurut beliau, pihaknya juga akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menetapkan prosedur operasi standard (SOP) sekiranya jemaah Malaysia diberi kebenaran menunaikan ibadah berkenaan.

“SOP ini penting bagi mengelakkan berlaku kluster baharu, selain mematuhi SOP ditetapkan kerajaan Arab Saudi seperti diadakan pada musim haji lalu,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Seminar Penipuan Umrah Bersama Agensi Pengelola Umrah di Putrajaya, hari ini.

BACA : Pembunuh Umat Islam Di New Zealand Tidak Layak Terima Simpati Daripada Keluarga Mangsa, Kata Hakim

Pada majlis berkenaan, turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ruslan Said.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dalam kenyataan disiarkan Saudi Press Agency, membenarkan kembali jemaah menunaikan umrah secara berperingkat-peringkat untuk sepanjang tahun bermula 4 Oktober selepas tujuh bulan kebenaran itu digantung berikutan pendemik COVID-19.

Sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan penduduknya dibenarkan menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan, manakala jemaah dari luar pula akan dibenarkan menunaikan umrah bermula 1 November dengan kapasiti hingga 20,000 orang setiap hari.

Zulkifli berkata, keputusan kebenaran menunaikan umrah itu bergantung kepada maklum balas daripada kerajaan Arab Saudi dan selepas itu barulah pengumuman dibuat kerajaan.

Katanya, kerajaan Arab Saudi sudah pasti akan mengehadkan jumlah jemaah, selain menetapkan SOP ketat bagi menangani pandemik berkenaan.

Terdahulu, Seminar Penipuan Umrah Bersama Agensi Pengelola Umrah buat julung kali diadakan itu, bertujuan menyampaikan maklumat pengurusan ibadah umrah sempurna selari dengan tuntutan agama dan kemaslahatan umat Islam. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *