Penjawat Awam : Daripada Rekrut Baru, Lebih Baik Tetapkan Mereka Yang Sementara
2 min read
Syabas diucapkan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang telah berjaya membuktikan tahap keprihatinan mereka kepada rakyat.
Buktinya, dikala pandemik Covid-19 membuatkan kehidupan tidak lagi senormal dahulu, kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif berupa baantuan dengan kos beratus bilion ringgit keseluruhannya.
Sedikit sebanyak ia telah mampu mengurangkan bebanan yang dialami rakyat ketika diserang pandemik ini. Ia juga salah satu bentuk mengubati kembali rasa hati yang terluka semasa diperintah oleh kerajaan terdahulu.
Bukan niat untuk berpolitik di sini, namun apa yang ingin ditekankan adalah mengenai satu lagi isu yang masih gagal diselesaikan oleh kerajaan.
Isu tersebut ialah isu kemanusiaan. Isu “periuk nasi” dan “perut” orang ramai, yakni tentang pengangguran di Malaysia. Masing-masing tahu dan rasa sendiri bahawa tahap pengangguran di negara ini makin serius sejak tahun 2018 lalu.
Beratus ribu pekerja dalam pelbagai bidang tidak lagi dapat bekerja disebabkan kemerosotan ekonomi sejagat.
Justeru, tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melantik semula 55,000 kakitangan kontrak yang ditamatkan perkhidmatan dalam sektor awam ekoran pertukaran kerajaan memerintah dua tahun lepas, adalah tepat.
Bukan itu sahaja, bagi memastikan kecekapan sektor perkhidmatan awam negara terus baik, dicadangkan agar pihak kerajaan membuat serapan ke jawatan berstatus kontrak atau lebih baik tetap kepada mereka yang sedang berkhidmat melalui skim Pekerja Sambilan Harian atau PSH.
Mungkin ada yang masih tidak tahu, para pegawai dan staf di jabatan-jabatan kerajaan sekarang bukan hanya berstatus tetap, malah masih ramai yang berstatus kontrak, dan lebih sedih lagi berstatus sementara (PSH).
Maka inilah masanya untuk kerajaan bertindak membela nasib para penjawat awam dan mengekalkan kecekapan perkhidmatan awam.
Daripada kerajaan rekrut “budak baru” untuk diserap menjadi penjawat awam, jauh lebih menguntungkan kerajaan terus sahaja memberi perjawatan tetap kepada mereka yang sedia ada dan berpengalaman. – Sepatah Dua Media