December 6, 2023

Kantoi Dah! Bekas Staf Subway Dedah Rahsia Jadikan Sandwich Lebih Sedap

2 min read

Siapa tak kenal dengan outlet makanan antarabangsa Subway? Boleh dikatakan hampir semua kawasan berkedudukan padat ada kedai ini. Namun, apabila disebut Subway, apakah menu yang akan terlintas difikiran anda?

Mungkin ramai yang akan menyukai kepelbagaian rasa sandwichnya bukan? Peliknya, hanya sekadar sandwich, takda lah yang istimewanya sangat. Jadi, apa sebenarnya rahsia disebalik Subway sehingga membuatkan jenama berkenaan gah di merata dunia?

Seorang pengguna laman twitter @hajaarudin telah membuat tindakan “berani mati” dengan membocorkan rahsia disebalik setiap menu yang dijual dalam Subway.

Beliau merupakan bekas pekerja Subway, bertindak berkongsi beberapa tips untuk menjadikan sandwich anda lebih sedap. Rupanya hanya melalui beberapa kombinasi bahan yang tersedia saja. Ayuh ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

  1. Pilihan roti

Untuk mendapatkan rasa roti yang sedap, pilih hearty italian dan request triple toast. Walaupun sudah sejuk dan bercampur dengan sos, hanya roti Hearty Italian sahaja yang boleh double toast atau triple toast. Kalau roti lain seperti parmesan oregano, honey oat dan wheat tidak sesuai double toast nanti terlalu lembik.

  1. Kombinasi sos

Kombinasi sos yang paling sedap adalah ranch (minta lebih), thousand (minta lebih), sweet onion, mayonnaise, olive oil, chili dan BBQ. Kombinasi sos-sos ini sesuai untuk semua jenis menu termasuk salad dan wrap.

  1. Sayur

Kalau anda penggemar sayur, minta sahaja extra kerana tiada additional charge. Sos pun tidak ada additional charge, hanya daging dikenakan caj tambahan.

  1. Sup cendawan

Ramai orang memandang rendah kepada mushroom soup. Apa yang harus kita ketahui, Subway sebenarnya ada mushroom soup yang amat sedap.

  1. Jangan letak sos ketchup

Cuba elakkan sos ketchup pada sandwich, wrap atau salad anda. Rasanya akan potong stim kesedapan sandwich anda sebab rasanya masam-masam sikit terutama makan dengan meatball marinara memang akan membuatkan mood anda hilang.

Bagi mereka yang pernah cuba, sudah tentu anda tahu sangat bagaimana rasa sandwich di Subway yang sememangnya sudah cukup sedap. Namun, sekiranya anda mengikut panduan yang dikongsikan oleh bekas pekerja Subway ini, sudah tentu kesedapan itu akan lebih melengkapkan hari anda yang awesome!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *