Masuk Masjid Ini, Anda Berada Di Dua Negeri
1 min read
RAMAI yang masih tidak tahu, dalam negara kita ini cukup banyak perkara pelik dan unik. Kadang-kadang itu ia melucukan, tak kurang juga ada yang seperti tidak logik dari fikiran manusia.
Sebagai contoh, tahukah anda di Pulau Borneo ada sebuah masjid yang amat unik. Masjid berkenaan bersempadan dengan Negeri Sabah & Sarawak.
Masjid ini telah diberi nama sebagai Masjid Sahabat Sindumin-Merapok.

Bangunan masjid ini terletak di atas sempadan antara Sabah dan Sarawak. Malah sempadan tersebut ditandakan sehingga ke dalam ruang solat masjid.
Mungkin tiada di tempat lain, jemaah dan pelawat masjid ini bebas bergerak antara sempadan tanpa perlu slip imigresen. Bukan bergerak dengan kenderaan, dengan cara ‘mengesot’ pun boleh sampai ke negeri jiran.
Masjid ini juga mempunyai 2 alamat (Sindumin, Sabah dan Merapok, Sarawak). Namun pengurusan masjid ini terletak di bawah jagaan Pejabat Islam Merapok, Sarawak.
Semoga masjid ini menjadi lambang kepada ajaran agama Islam agar kita bersatu hati dan mengekalkan perpaduan utuh antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.
Kredit: Adam Farid